Peluang mengunjungi sanak saudara telah menemukan Waris Tok Ayah di Pulau Tukang Dolah, Kelantan yang terpisah kerana jarak jauh Negeri Kedah & Kelantan.
Tuesday, December 8, 2015
Sunday, October 11, 2015
Sunday, October 4, 2015
Thursday, September 24, 2015
118. LUANGKAN MASA SETIAP HARI (Dekat dengan Allah)
Saturday, September 12, 2015
117. MEMPERMUDAHKAN HAJAT ....
Dalam soal wang ringgit, Tok Ayah tidak berkira bagi mempermudahkan hajat anak-anak. Mungkin beliau masih mengingati ketika zaman kecil dan remaja yang begitu sukar untuk membeli sesuatu kerana kesusahan hidupnya apatah lagi ketika merantau membawa diri.
Ketika itu, walaupun beliau mengumpul wang berbulan -bulan tetapi belum tentu mampu untuk memiliki sepasang kasut yang begitu murah harganya.
Saturday, September 5, 2015
116. MEMANGGIL ANAK DENGAN "SEBUTAN PENUH"
Beliau selalu memanggil nama anaknya dengan sebutan penuh dan lengkap. Mereka semua mempunyai nama yang ringkas sahaja (satu-dua sebutan).
Sunday, August 23, 2015
115. MENYAMBUT SULTAN KEDAH (SEKARANG DYMM YANG DI PERTUAN AGONG)
Ketika Sultan Kedah (DYMM Tuanku Abdul Halim) menziarahi Masid Parit Panjang, Baling, Kedah pada tahun 1980an, beliau adalah antara ribuan rakyat yang hadir menyambutnya.
Masjid itu sekarang ini dikenali sebagai Masjid Omar Zuhdi.
Masjid itu sekarang ini dikenali sebagai Masjid Omar Zuhdi.
Thursday, August 13, 2015
114. SAMPAIKANLAH ILMU SEKADAR APA YANG KAMU TAHU.....
"Aku hanya memintamu menyampaikan sesuatu yang kamu tahu kepada orang lain.
Aku tidak menyuruh (menyusahkanmu) untuk mengajar sesuatu yang kamu tidak tahu".
Sunday, August 2, 2015
113. MENUNTUT ILMU SEHINGGA BEKALAN MAKANAN TERAKHIR
Ketika tiada apa yang hendak dimakan (bekalan habis), beliau akan memohon restu daripada gurunya untuk keluar mengambil upah.
Dia akan kembali semula dengan membawa sedikit wang untuk membeli makanan bagi meneruskan pengajiannya.
Dia akan kembali semula dengan membawa sedikit wang untuk membeli makanan bagi meneruskan pengajiannya.
Saturday, August 1, 2015
112. PASANG NIAT YANG BAIK KERANA ALLAH
"Bekerjalah (apa-apa kerja) untuk mencari rezeki. Cuma perbetulkan niat mu (yang baik) itu kerana Allah untuk memudahkan urusan orang lain".
"Insyaallah, dapat pahala dan upah pun orang bagi juga".
111. KITA SEMUA (SUATU MASA NANTI) AKAN DUDUK DI DALAM TANAH JUA....
Apabila ada tetamu bertanya mengenai tapak rumahnya digali "3 kaki dalam dari aras tanah", Tok Ayah memberitahu tetamu itu:
"Tak pa (biarlah begitu), kerana suatu hari (pada masa akan datang) kita semua akan duduk (dikebumikan ) dalam tanah jua"
Friday, July 31, 2015
110. STATUS PEKERJAAN: Bekerja Sendiri
Ketika anaknya bertanya mengenai "STATUS PEKERJAAN" untuk dilengkapkan dalam LAPORAN SEKOLAH, Tok Ayah hanya ketawa dan menyatakan bahawa dia "BEKERJA SENDIRI" (Tiada Pendapatan Tetap).
Thursday, July 30, 2015
109. LARANG MEMBELA NAFSU YANG TIDAK BAIK
"Daripada membela nafsu (yang tidak baik), lebih baik jika pelihara monyet (ada juga faedahnya)".
"Boleh juga disuruh naik pokok untuk ambil buah".
Wednesday, July 29, 2015
108. KEPADA MEREKA YANG MENDAHULUI KITA... AL-FATIHAH
(1). Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi (2) Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi.
( 3) Allahyarham Tuan
Guru Haji Yahaya Junid.
Tuesday, July 28, 2015
107. MERUJUK KITAB BERTEMANKAN PELITA MINYAK TANAH
Tok Ayah biasa bertemankan pelita minyak tanah sehingga awal pagi untuk membaca dan meneliti satu persatu kitab-kitab (kebanyakannya dalam Bahasa Arab) seolah-olah beliau akan menghadapi peperiksaan yang penting dalam hidupnya.
Dia membuat persediaan itu bagi menjawab semua persoalan yang telah diajukan oleh murid @ tetamunya sebelum itu dan bersedia untuk menjelaskan jawapan kepada mereka pada esok hari.
Suatu ketika anak yang terjaga daripada tidur begitu terkejut apabila "terserempak" dengannya yang masih merujuk kitab di tengah malam dengan cahaya pelita yang begitu terhad penglihatannya.
Suatu ketika anak yang terjaga daripada tidur begitu terkejut apabila "terserempak" dengannya yang masih merujuk kitab di tengah malam dengan cahaya pelita yang begitu terhad penglihatannya.
Friday, July 24, 2015
106. MAJLIS SETIAP MALAM SELASA: MALAM TRADISI PERSEMBAHAN PELAJAR
PENULIS (kanan) MENYAMPAIKAN HADIAH PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR MADRASAH MISBAH AL-FALAH DI MAJLIS BERKENAAN PADA TAHUN 1989.
Setiap malam selasa diadakan majlis khusus untuk penyertaan pelajar. Mereka dijemput untuk membuat persembahan nasyid, syarahan, bersyair, membaca Al Quran dan sebagainya mengikut kebolehan masing-masing.
Melalui program ini, para pelajar dapat menunjukkan bakat terpendam untuk diketengahkan pada masa hadapan.
Thursday, July 23, 2015
104. MENGAMBIL UPAH BAGI MENYARA HIDUP UNTUK MENUNTUT ILMU
Ada orang yang kasihan kepadanya telah memberikan upah yang melebihi daripada apa yang dilakukannya (sedekah) kerana sedar bahawa dia bekerja sekadar untuk mendapatkan belanja hidup bagi meneruskan pengajian agama untuk disedekah kembali ilmu itu kepada orang lain.
Wednesday, July 22, 2015
102. RUMAH TOK AYAH & HAJAH RAMLAH
Dibina pada akhir tahun 1950an yang menggunakan kepakaran pertukangan dari Negeri Kelantan. Rumah pusaka ini menjadi tempat pertemuan utama bagi keluarga besar berkenaan.
Wednesday, July 15, 2015
101: MERAWAT SAKIT GIGI MENGGUNAKAN PAKU, PAPAN DAN PASIR
Apabila anak mengadu sakit gigi, Tok Ayah akan berikhtiar mengubatinya dengan menulis atas pasir di permukaan papan.
Beliau membaca sesuatu sambil menggariskan ayat suci di atas pasir itu dan bertanya mengenai kadar kesakitan sambil menekan paku pada huruf yang ditulis itu.
Monday, July 6, 2015
100. PERTEMUAN ANAK KELANTAN: TG HAJI NIK ABDUL AZIZ & OMAR ZUHDI
Ibu kandung meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Kesusahan hidup pada masa itu menyebabkan dia "segan" untuk menghadiri majlis keramaian di kampung kerana pakaiannya tidak seperti tetamu yang lain.
.....................................................
Apabila beliau menumpang sementara kerana sakit ketika berada di Grik, ibu angkatnya seolah mengganti kasih sayang ibu kandung yang telah tiada. Setelah menumpang berteduh beberapa bulan serta beransur sihat, dia memohon diri untuk keluar mencari rezeki sambil menuntut ilmu.
Suatu ketika ibu dan anak angkat ini bertemu semula dalam keadaan yang penuh hiba.
Sunday, July 5, 2015
99. BERJALAN SEORANG DIRI DALAM HUTAN TEBAL, MELEPASI KAWASAN BAHAYA TETAPI TERKANDAS PULA...
Suatu hari ketika berjalan kaki di Daerah Grik, Negeri Perak; beliau dinasihatkan supaya tidak meneruskan pengembaraannya kerana di depan itu adalah "Kawasan Bahaya Sumpitan Binatang Buas oleh Orang Asli" tetapi dia tetap mahu meneruskan perjalanannya.
Setelah berjaya melepasi kawasan berkenaan, hari telah beransur malam menyebabkan beliau terpaksa memanjat pokok dan tidur di atas pokok itu dalam hutan rimba untuk mengelakkan binatang buas.
Setelah berjaya melepasi kawasan berkenaan, hari telah beransur malam menyebabkan beliau terpaksa memanjat pokok dan tidur di atas pokok itu dalam hutan rimba untuk mengelakkan binatang buas.
Esok pagi dalam keadaan serba kekurangan, dia berjalan mengikuti denai untuk menyeberangi sungai sehingga berjumpa sebuah rumah @ bangsal di dalam hutan. Pemilik rumah itu menjaganya buat sementara ketika dia mengalami demam panas yang berpanjangan.
Saturday, May 16, 2015
98. MEMULIAKAN TETAMU
Suatu hari ada tetamu berkunjung ketika isterinya tiada di rumah. Tok Ayah lantas keluar untuk mencari murid yang berada di sekitar rumahnya bagi membantu beliau menyediakan apa-apa makanan untuk tetamu itu.
Serentak dengan itu, beliau juga turut ke dapur bagi mempastikan juadah dapat disediakan untuk tetamunya.
Thursday, May 14, 2015
97. PENDAFTARAN PE41: SUDAH 3 X BERTUKAR ...
Sunday, May 10, 2015
96. TOK AYAH BERPESAN
APABILA DITANYA MENGENAI PESANAN TOK AYAH KEPADANYA, TG HAJI ABDUL WAHAB HASSAN MEMBERITAHU:
"Ayahmu berpesan padaku supaya jangan tinggalkan pondok ini (Madrasah Misbahul Falah)".
Thursday, May 7, 2015
95. KELUARGA DARI KELANTAN
Kalangan generasi lama di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa masih mengingati bahawa Ayah TG Haji Omar Zuhdi iaitu Haji Saleh adalah merupakan guru agama yang mengajar Al-Quran pada malam hari di rumah seperti yang diceritakan oleh Ahli Keluarganya; Dato' Ismail Mamat, Mantan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara & YDP MPSP (Murid Kelas Al-Quran Haji Saleh).
Tuesday, April 28, 2015
94. PE41
Ada ketika Tok Ayah menunggang motosikal
lamanya berkapasiti hanya 50cc (PE41), mereka
yang mengenali beliau apatah lagi muridnya tidak
akan cuba mendahului motosikal itu; mungkin
"segan" kerana menghormatinya.
Mereka akan terus mengikut dibelakangnya ...
Monday, April 27, 2015
93. JANGAN MEMBELA NAFSU (Yang Tidak Baik)
Suatu
hari Tok Ayah telah memberitahu seseorang:
"Mengapa masih
membela nafsu itu (yang tidak baik), bukan ada faedah sedikitpun".
Sunday, April 26, 2015
92. MENUKAR NAMA CUCU
Dalam
tahun 1970an ketika dalam perjalanan untuk mendaftar kelahiran cucu
di Kuala Ketil, Kedah; beliau memberhentikan keretanya (Morris
Minor) di tepi jalan dan bertanya mengenai satu
nama baru dan kami bercakap mengenai ejaan nama baru itu.
Tiba-tiba
dia membuat keputusan untuk menukar nama yang diberikan kepadanya
sebelum itu kepada nama baru iaitu
"HISYAM".
Thursday, April 16, 2015
91. TIDAK SUKA HUKUMAN MENYAKITKAN & PANTANG MEMUKUL BAHAGIAN UTAMA (KEPALA) MURIDNYA
Tok Ayah tidak suka menghukum murid dengan hukuman yang menyakitkan. Beliau lebih cenderung menghukum dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan akan marah sekiranya ada muridnya yang menderita dengan hukuman itu.
Sekiranya berlaku perbuatan memukul bahagian utama anggota (kepala) murid, dia tidak akan berdiam diri.
Wednesday, April 15, 2015
Tuesday, April 14, 2015
89. KITA KENA MENJADI TUAN KEPADA NAFSU
"Kita
kena jadi Tuan kepada Nafsu;
Jangan
menjadi Kuli kepadanya
(Nafsu itu)".
............................
(Nafsu itu)".
............................
BELIAU MEMBERI CONTOH SAMBIL
MELAWAK DENGAN TETAMU ITU:
"Kita adalah TUAN apabila
menyuruh monyet (KULI)
untuk memetik buah.
menyuruh monyet (KULI)
untuk memetik buah.
Bukannya monyet yang menjadi TUAN
dengan menyuruh kita
naik keatas pokok dan mengikuti
kemahuannya."
Saturday, April 11, 2015
88. TG HAJI OMAR ZUHDI PERNAH BERCADANG UNTUK BERKHIDMAT DI NEGERI KELANTAN
Pada masa tertentu, TG (Tok Ayah) tidak lupa untuk mengunjungi ahli keluarga di negeri kelahirannya (Kelantan).
Suatu hari ketika melintasi kawasan di sekitar Kota Baharu pada tahun 1980-an, beliau memberitahu bahawa pernah bercadang untuk membuka pusat pengajian agama di sana.
Subscribe to:
Comments (Atom)



























