Tuesday, April 28, 2015

94. IMAM MUDA (Hizbur Rahman bin Haji Omar Zuhdi)


94. PE41


Ada ketika Tok Ayah menunggang motosikal 

lamanya berkapasiti hanya 50cc (PE41), mereka

yang mengenali beliau apatah lagi muridnya tidak 

akan cuba mendahului motosikal itu; mungkin

"segan" kerana menghormatinya. 


Mereka akan terus mengikut dibelakangnya ...

Monday, April 27, 2015

93. JANGAN MEMBELA NAFSU (Yang Tidak Baik)



Suatu hari Tok Ayah telah memberitahu seseorang:
 
"Mengapa masih membela nafsu itu (yang tidak baik), bukan ada faedah sedikitpun". 

Sunday, April 26, 2015

92. MENUKAR NAMA CUCU

Dalam tahun 1970an ketika dalam perjalanan untuk mendaftar kelahiran cucu di Kuala Ketil, Kedah; beliau memberhentikan keretanya (Morris Minor) di tepi jalan dan  bertanya mengenai satu nama baru dan kami bercakap mengenai ejaan nama baru itu.


Tiba-tiba dia membuat keputusan untuk menukar nama yang diberikan kepadanya sebelum itu kepada nama baru iaitu "HISYAM". 

Thursday, April 16, 2015

91. TIDAK SUKA HUKUMAN MENYAKITKAN & PANTANG MEMUKUL BAHAGIAN UTAMA (KEPALA) MURIDNYA

Tok Ayah tidak suka menghukum murid dengan hukuman yang menyakitkan. Beliau lebih cenderung menghukum dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan akan marah sekiranya ada muridnya yang menderita dengan hukuman itu.

Sekiranya berlaku perbuatan memukul bahagian utama anggota (kepala) murid, dia tidak akan berdiam diri.  

Tuesday, April 14, 2015

89. KITA KENA MENJADI TUAN KEPADA NAFSU

TOK AYAH MEMBERITAHU

 SEORANG TETAMUNYA:


"Kita kena jadi Tuan kepada Nafsu;


 Jangan menjadi Kuli kepadanya

 (Nafsu itu)".

............................



BELIAU MEMBERI CONTOH SAMBIL

MELAWAK DENGAN TETAMU ITU:


 "Kita adalah TUAN apabila

  menyuruh monyet (KULI) 

  untuk memetik buah.


Bukannya monyet yang menjadi TUAN

dengan menyuruh kita

naik keatas pokok dan mengikuti

kemahuannya."


Saturday, April 11, 2015

88. TG HAJI OMAR ZUHDI PERNAH BERCADANG UNTUK BERKHIDMAT DI NEGERI KELANTAN


Pada masa tertentu, TG (Tok Ayah) tidak lupa untuk mengunjungi ahli keluarga di negeri kelahirannya (Kelantan).

Suatu hari ketika melintasi kawasan di sekitar Kota Baharu pada tahun 1980-an, beliau memberitahu bahawa  pernah bercadang untuk membuka pusat pengajian agama di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...