Tuesday, November 24, 2020

197: PENGUMUMAN

 ASSALAMUALAIKUM

TUAN/PUAN YANG DIHORMATI, CATATAN MENGENAI TOK AYAH DARI BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN SECARA BERANSUR KE-FACE BOOK (FB): TUAN GURU HAJI OMAR ZUHDI.

TUAN/PUAN DIALU-ALUKAN KE MEDIA BERKENAAN

SEKIAN DIMAKLUMKAN, TERIMA KASIH


HANYA KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Sunday, November 15, 2020

196. PERJALANAN TERAKHIR PARA MUROBBI

 

Inilah perjalanan terakhir para Murobbi Ummah kita. Para perjuang agama yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendidik ummah sehingga ke akhir usia. Pemergian mereka ditangisi sukar dicari pengganti. Allahurobbi.

1. Allahyarham Pak Da Eil Mekah
2. Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
3. Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor
4. Allahyarham Tuan Guru Yahya Othman
5. Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan
6. Allahyarham Tuan Guru Harun Taib
7. Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik
8. Allahyarham Tuan Guru Haji Hasyim Pasir Tumboh
9. Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz
10. Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh
11. Allahyarham Tuan Guru Haji Mad Rejab
12. Allahyarham Tuan Guru Haji Rifae
Allahummaghfirlahum Warhamhum Wa'afihi Wa'fu a'nhum.
Moga Allah Taala ampunkan segala dosa2 mereka, dan menempatkan mereka dikalangan mereka yang dijanjikan Syurga Tertinggi. Amin

IHSAN: Tengku Yusuff

Wednesday, October 7, 2020

195. GURU TOK AYAH DARI NEGERI KELANTAN

 TOK SIBAWEH TUAN GURU HAJI ALI PULAU PISANG KETIKA BERUSIA 50AN

Gurunya, Tok Kenali pernah memberi tahu kepada murid² lain " Jika nak belajar ilmu nahu, pergilah kepada Haji Ali "

Darinya terdidik sekalian murid yang alim lagi wara' seperti Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Pondok Lanai.

IHSAN: FB Tengku Yusuff

Saturday, August 15, 2020

194: TOK AYAH SUKAR DIKENALI: Dia kelihatan seperti "orang seramai"

 Tidak mudah untuk mengenali Tok Ayah dalam majlis keramaian kerana beliau tidak pernah menghiraukan perwatakan dan cara pemakaiannya. 

Dia lebih selesa memakai kain sarong, berbaju melayu atau t'shirt "pagoda leher bulat putih".

Tuesday, May 5, 2020

193. MENJADI RUJUKAN BAGI MENGESAHKAN PERMULAAN PUASA DAN PENGESAHAN TARIKH HARI RAYA AIDIL FITRI




Ketika hayatnya, Tok Ayah akan diminta untuk menentukan  permulaan bulan Ramadhan dan penentuan Syawal. Kenalan dan muridnya tetap mahukan pandangan beliau bagi mengesahkan sesuatu perkara termasuk menentukan tarikh puasa dan hari raya walaupun mereka telah mengetahuinya dari sumber yang lain.

Monday, May 4, 2020

192. ANAK KECIL MENJADI TEMAN KETIKA MENAIKI KUDA MEREDAH HUTAN DAN SUNGAI UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA


Tok Ayah biasa menunggang kuda bersama anak kecilnya (Khadijah) dalam tahun 1950an untuk mengajar Ilmu Agama ke tempat yang jauh dari rumah mereka. 

Mereka berdua terpaksa meredah hutan, anak sungai, bukit bukau serta melalui laluan (denai) bersama anak kecil itu. 

Kadang-kadang dia bergerak balik pada waktu malam yang gelap melalui denai di dalam hutan bertemankan anak kecil dengan menaiki kuda itu.


191. TOK AYAH: ANAK KELAHIRAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM MENYUMBANG BAKTI DI NEGERI KEDAH DARULAMAN

Allah. Beruntungnya bumi Kedah kerana melahirkan ramai ulama2 yang alim dan hebat. Bumi Kedah lebih dikenali sebagai negeri yg mempunyai paling banyak pondok2 pengajian agama. Kedah juga melahirkan ramai ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah yg sangat alim dan hebat. Di Negeri Kedah juga terdapat ramai wali2 Allah yg sangat dekat dgn Allah.



Semoga tok2 guru kita ini mendapat kedudukan yg mulia disisi Allah.Sama2 kita aminkan.


#KenaliulamaKedah


IHSAN: Pembela Rasullulah Saw 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...