Pada tahun 1940an, Tuan Guru Haji Yahya (Mudir Yayasan Khairiah, Kupang) telah meminta muridnya untuk "membelah buloh" sebagai persediaan bagi mengadakan suatu majlis.
Sebagai murid, Tok Ayah sebelum itu telah pergi mengadap Tuan Guru Haji Yahya, memberitahu bahawa dia hanya tahu melakukan tugas "meraut buloh" sahaja (tugas yang lebih ringan) sambil memaklumkan dia tidak pandai melakukan tugas "membelah buloh".
Sebenarnya, Tok Ayah tidak memberitahu sesiapapun ketika itu bahawa "beliau sudah tidak makan beberapa hari kerana kesusahan hidupnya" dan dia sudah tidak berdaya lagi untuk "membelah buloh" (kerja yang lebih berat).