Tok Ayah enggan disebut sebagai seorang guru dalam catatan rekod sekolah anaknya kerana ini memberi gambaran bahawa dia diberi gaji yang tetap.
Sebaliknya beliau hanya mahu dikenali sebagai seorang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap serta memberitahu soal rezeki dalam hidupnya ini, terpulanglah kepada kurniaan Allah semata-mata.
Hasrat beliau hanya mahu membuka peluang seluasnya kepada anggota masyarakat sekitar untuk menuntut ilmu di Madrasah ini dan tidak mahu soal kewangan menjadi halangan kepada sesiapapun untuk menuntut ilmu yang disampaikannya.