Monday, August 4, 2014

37. SUKARNYA MENUNTUT ILMU

TG Omar Zuhdi (Tok Ayah) pernah menceritakan bahawa pelajar agama di zaman dahulu  tekun ketika mempelajari ilmu pengetahuan.  

Mereka biasa baring beralaskan buah kelapa yang dipotong separuh.  Jika tertidur dengan segera akan terjaga.  Kemudian mereka akan terus membaca serta menghafal  ilmu itu sehingga kekal dalam ingatan.







36. GELARAN "ZUHDI" OLEH GURUNYA DI MAKKAH


Tuan Guru Haji Omar Zuhdi mendapat gelaran "Zuhdi" daripada gurunya di Makkah, Tuan Guru 'Abdul Rahman Jabad seorang Ulama' Sufi yang menyampaikan ilmu di atas bukit.


Dikatakan ketika Tuan Guru kembali ke Rahmatullah, beberapa 'Ulama dari Makkah bersedih kerana tidak sempat menuntut ilmu darinya.


Ihsan:  Hafizuddin Alias

35 . MENGHUKUM MURID: MARAH JIKA MURIDNYA DISAKITI

JIKA MENGHUKUM MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN, TOK AYAH TIDAK SUKA MEROTAN MEREKA DENGAN NIAT UNTUK MENYAKITKAN. BELIAU AKAN MARAH JIKA MENGETAHUI ADA MURIDNYA YANG MENDERITA DENGAN HUKUMAN BERKENAAN.


PERNAH BELIAU MERUNGUT:

"Kita menghukum untuk memberi pengajaran, bukannya untuk mendera. Lain kali jangan berikan tanggungjawab merotan kepada mereka (Guru yang menjalankan hukuman) itu melakukannya.

Murid bukannya musuh tetapi macam anakmu juga."

34. SUKA DENGAN SIKAP TOLONG MENOLONG


Datukmu suka sikap suka menolong orang lain.  Dia memberitahu tetamunya:


"
Baso dia dah (memang lumrah hidup) untuk tolong menolong sesama sendiri.  


"Kita mengajar (tolongorang dalam satu bab (hal) yang kita tahu.  Dalam benda yang lainorang akan tolong kita pula......"

33. SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENJAWAB PERSOALAN MURID & TETAMUNYA

Jika ada tetamu @ murid datang untuk bertanyakan sesuatu mengenai hal agama, beliau akan cuba membantu dengan kadar segera.  

Sekiranya memerlukan rujukan lanjut, biasanya dia akan memberikan tempoh beberapa hari bagi merujuk kitab-kitabnya.

32. KETIKA MEMBACA KITAB, BELIAU MEMBERITAHU....

  
"Lebih berilmu, semakin sempurna amalan kita"

Ganjaran pahalanya lebih berbanding orang yang kurang ilmunya misalnya ketika melakukan ibadat.  

Tok Ayah membandingkan dengan orang yang 
berpengetahuan tinggi akan mendapat upah  yang lebih banyak walaupun melakukan kerja yang sama seperti orang lain. 


31. HIDUPNYA TIDAK TERTEKAN

WALAUPUN SEORANG GURU, BELIAU TIDAK BEGITU TERTEKAN DENGAN PRESTASI PELAJARANKU DISEKOLAH. 

BELIAU TIDAK PERNAH MENDESAK MALAH TIDAK PERNAH BERTANYA MENGENAI CITA-CITAKU APABILA DEWASA. SUATU HARI AKU BEGITU TAKUT UNTUK MENUNJUKKAN KAD LAPORAN PRESTASI SEKOLAH KEPADANYA.  

Apabila beliau melihat markah pelajaran bewarna merah (tanda tidak lulus @ gagal), dia hanya tersenyum sambil berkata (melawak) padaku: 

"CIKGUMU TIADA DAAWAT PEN YANG

BERWARNA "HITAM" KAH?"

30. SEDIA MENGAJAR SESIAPA SAHAJA


Beliau menerima sesiapa saja samada tua @ muda sebagai muridnya. Ketika ada seorang telah datang dan ingin mendaftar sebagai muridnya, dia memberitahu muridnya yang lain:

"Budak ini datang menyerah diri (Untuk Belajar).  Itupun sudah besar rahmatnyaBiarkan dia masuk (Belajar).  Mudah-mudahan dia akan jadi orang yang baik-baik kemudian hari".



29. TUAN GURU MENAHAN TANGIS...

SUATU HARI KETIKA BELIAU SEDANG MEMBACA KITAB PADA TAHUN 1980AN, APABILA MEMBACA MENGENAI "PADANG MAHSYAR" DIA TERHENTI SEKETIKA (BELIAU KELIHATAN SEBAK & MENAHAN TANGIS).

"AYAT ITU ADA MENCERITAKAN KEADAAN HARI AKHIRAT , ADA DISEBUT MENGENAI SALASIAH KETURUNAN DAN HAL SYAFAAT DI SANA..."

28. NAMA PANGGILAN @ GELARAN

Semasa hayatnya beliau dikenali dengan berbagai nama panggilan seperti berikut:

Orangramai biasa memanggilnya Tuan Guru @ Tok Guru.  Adik beradik di Negeri Kelantan mengenalinya sebagai Haji Umar @ Ayah Haji

Ada juga murid @ kenalannya mengenali dia sebagai Pak Teh.  Ayah adalah panggilan oleh anak-anaknya.  Kalangan Cucu-Cicit memanggil Tok Ayah.  


27. TG HAJI OMAR ZUHDI: SEORANG GURU

Beliau senang (suka) dengan kerjaya sebagai seorang Guru.  

Bagaimanapun, dia menjelaskan : "Kerjalah apa-apapun, cuma (perbetulkan) niat ikhlas kerana Allah untuk memudahkan urusan orang lain.   Dapat pahalaupah pun dapat (orang bagi juga)".

26. CARA HIDUP & CARA MENGAJAR OMAR ZUHDI


Beliau sukar dikenali kerana sangat sederhana cara berpakaiannya dan tidak berpakaian yang menampakkan kelebihan dari orang lain. 

Bukan dikenali sebagai seorang ahli pemidato. Lebih suka membaca kitab sambil duduk, anak-anak boleh duduk atas ribanya ketika sedang  mengajar (kadang-kadang mereka tertidur). 

Dia boleh berhenti mengajar bila-bila masa walaupun untuk memberi makan ayam peliharaannya walaupun ketika itu sedang mengajar murid-muridnya..

25. BERHUJAH DENGAN ILMUNYA


Allahyarham TG Haji Omar Zuhdi adalah antara Insan Melayu yang dikenali di zamannya, seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Saad Mogoi.  Dia sanggup berhujah berdasarkan fakta @ keilmuan sekiranya ada perbezaan pendapat dengan sesiapa sahaja.  

Ketika Hayatnya, dikatakan bahawa:
"Golongan Wahabi tidak berani berdebat secara ilmiah jika ada TG Haji Omar Zuhdi". 


Petikan (Ihsan Ibnu Fathani): 

24. MENEGUR SAMBIL MENDIDIK

Ketika kami membuat bising (ketawa), beliau tiba tiba muncul dan hanya tersenyum (mungkin mahu meredakan keadaan) dan memberitahu kami:

Ahli syurga kulitnya bersih (berkilat) seperti  kuku kaki dan tangan kita (sambil melihat kuku tangan)".....   

Selepas itu, dia berlalu pergi.

23. SUKA BERKONGSI ILMU DENGAN ORANG LAIN


Ketika beliau meminta seorang muridnya untuk mengajar (membaca kitab) kepada orang ramai di kampungnya, murid itu kelihatan agak keberatan dan memberi beberapa alasan, Tok Ayah berkata:


"Aku hanya meminta mu untuk mengajar apa yang kamu tahu (Ajarlah apa-apa yang kamu ketahui)". 

Dia menambah:
"Aku tidak suruhpun (menyuruh mu) mengajar apa yang  kamu tidak tahu."  


22. HAJI OMAR ZUHDI BIN SALEH


Beliau dilahirkan di Pengkalan Chepa, Negeri Kelantan Darulnaim pada tahun 1919 dan kembali ke Rahmatullah di Negeri Kedah Darulaman pada 24 Disember 1994. 
AL- FATIHAH.

21. TETAMU TOK AYAH

Ulama' Dulu Bersimpuh ...
Posted by Uzair Abdul Aziz


Suatu masa dahulu ketika diangkat menjadi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (no. 2) menziarahi Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi (no. 1).

Turut bersamanya adalah Para Ulama' Pondok iaitu Tuan Guru Haji Salleh Musa; Mudir Pondok Sik, Kedah (no. 3), Tuan Guru Haji Yahaya Junid; Mudir Pondok Pak Ya, Batu 16, Kedah (n0. 4) dan Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan; Anak murid kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi (no. 5).



20. MENERIMA SURAT DARIPADA MURID

Seorang murid memberitahu suatu hari Tok Ayah kelihatan hiba (sebak) ketika membaca surat muridnya yang menyambung pelajaran di Timur Tengah.  

Murid itu  memohon Tok Ayah menghalalkan ilmu serta mendoakan kejayaan mereka dalam kehidupan di sana.

19. KEHIDUPAN SERBA SEDERHANA


Beliau dijemput sebagai antara tetamu utama di suatu majlis. Apabila kereta yang membawanya tiba, pihak penganjur datang bersalaman menyambut "tetamu" itu yang kelihatan berpakaian kemas bersesuaian dengan majlis keramaian mereka. 


Setelah beberapa ketika, barulah mereka ketahui bahawa telah tersilap menyambut "tetamu" sebentar tadi. 


Penganjur majlis segera bergegas semula ke kereta, tetapi di dalamnya hanyalah ada seorang tua yang berpakaian "serba sederhana" dan sedang membalut rokok daun sambil tersenyum.....

18. BIASA HIDUP SUSAH

Sejak berhijrah (merantau) dari Negeri Kelantan, kehidupan beliau bergantung hidup sepenuhnya kepada kerja kampung apabila berada jauh daripada keluarganya. 

Beliau pernah mengambil upah menjahit atap rumah orang kampung di Gerik, Perak di zaman awal penghijrahannya.  Ada juga  orang yang kasihan kepadanya kerana berusaha mencari rezeki sesuap nasi semata-mata untuk menuntut ilmu dengan memberikan upah yang lebih kepadanya. 

Kesukaran hidupnya bertambah terutama apabila menderita kesakitan yang teruk (demam panas) semasa bekerja mengangkut baja kelawar dari gunung. Sepanjang kesusahan itu, seorang ibu yang sudah tua di Kampung Dalam Wang, Baling, Kedah telah mengambil beliau menjadi anak angkat.  

Ibu angkat inilah yang berkorban untuk menjaga sakit demam (mengganti ibu kandung) semasa dia dalam serba kesusahan yang memanggil beliau sebagai "Umar".  Kedua-dua (anak dan ibu angkat ini) pernah  menangis semasa mereka berdua  bertemu kemudiannya..    

AL-FATIHAH 

16. SHEIKH ABD QADIR AL-MANDILI (Ulama' Masjidil Haram, Makkah): Guru TG Haji Omar Zuhdi




Sheikh Abd Qadir Al-Mandili antara ulama' besar di Masjidil Haram suatu masa dahulu.  Dikatakan bahawa beliau membaca kitab Fiqh-Fathul Wahab dari kulit ke kulit karangan Sheikh Islam Syeikh Zakaria Al-Ansari, 8 tahun baru khatam... 
AL-FATIHAH  (Ihsan Mohd Amzar Azmi)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...