Tuesday, August 5, 2014

44. HORMAT BUKU ILMIAH



Beliau tidak suka buku ilmu pengetahuan @ kitab diletakkan di atas lantai dan tempat yang tidak sesuai.

Satu hari dia menegur:

"Kena hormat buku ilmu pengetahuan jika hendak mendapat berkat ilmunya".
____________________________________________________________

43. INGAT ANAK CUCU


Beliau suka berkebun.  Suatu hari dia membawa benih kelapa untuk di tanam sambil memberitahu: "Esok anak cucu boleh makan".

Sehingga hari ini, anak cucunya tidak perlu membeli buah-buahan jika balik ke rumah pusaka itu pada musimnya.
__________________________________

42. TIDAK SUKA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBACA PENULISAN ILMIAH


SUATU HARI BELIAU MERUNGUT:

"Mengapa orang tak mahu membaca buku yang mengandungi ilmu pengetahuan, walaupun hanya sekejap"?


"Susah-payah pengarang untuk menulis, terpaksa  merujuk berbagai sumber, mengambil masa berbulan malah bertahun untuk melengkapkannya".

41. MENGAMBIL BERAT SALASILAH KELUARGANYA


Beliau mementingkan salasiah keluarganya (menghubungkan silaturrahim). Setelah beberapa kali diingatkannya, suatu hari kami telah membeli "kertas manila kad" yang besar dan menulis mengenai ahli keluarganya di Negeri Kelantan. 



Dia kelihatan gembira sambil meminta kami supaya  terus mencari salasilah keluarga walaupun sehingga ke Negeri Pahang Darulmakmur (Keluarga Allahyarham Haji Ahmad di Felda Lurah Bilut).





40. "HAJI BUKAN NAMA SAYA"

Ketika memperkenalkan dirinya sebagai Omar Zuhdi, seorang tetamu cuba mendapat pengesahan; Mengapa beliau tiada gelaran HAJI?.

Tok Ayah hanya tersenyum sambil memberitahu tetamu itu: "HAJI BUKAN NAMA SAYA".

39. MENGAJAR AGAMA DENGAN MENAIKI KUDA SAMBIL MEMBAWA ANAK KECIL BERSAMANYA





Beliau menunggang kuda bersama anak kecilnya (Khadijah) dalam tahun 1950an untuk mengajar Ilmu Agama ke tempat yang jauhnya berpuluh batu dari rumah. 

Mereka berdua terpaksa meredah hutan, anak sungai, bukit bukau serta melalui laluan (denai) bersama anak kecil itu. 

Kadang-kadang dia bergerak balik pada waktu malam yang gelap melalui denai di dalam hutan bertemankan anak kecil dengan menaiki kuda itu.

38. HAJAH RAMLAH MENGAMBIL UPAH MENJAHIT DI MAKKAH UNTUK MENYARA KEHIDUPAN


ALLAHYARHAMAH HAJAH RAMLAH BERSAMA CUCUNYA, RAMLAH AISYA


Semasa menemani Tok Ayah menuntut ilmu di Masjidil Haram, Makkah; Tok Melah (Allahyarhamah Hajah Ramlah) mengambil upah menjahit bagi menyara hidup mereka.  

Cabaran hidup di negara orang
menyebabkan mereka begitu memahami  sekiranya ada orang yang mengadu mengenai kesusahan hidup...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...