Saturday, August 2, 2014

14. BEKERJA SENDIRI

Seorang muridnya pernah memberitahu bahawa rutin kehidupan Tok Ayah seharian hanyalah mengajar dan mengajar. Seawal pagi selepas Suboh dia sudah mulai membaca kitab, seterusnya selepas waktu 'Zohor, 'Asar, 'Maghrib hingga 'Isya. 

Ada ketika, beliau sibuk melayan murid @ tetamu (baru dan lama) yang mengunjunginya untuk berkenalan, bertanyakan persoalan keagamaan atau meminta rujukan untuk mendapatkan sesuatu hajat walaupun sehingga tengahmalam.

Kadangkala beliau terpaksa membaca atau merujuk kitab sehingga awal pagi dengan  hanya diterangi oleh pelita minyak tanah untuk mendapatkan jawapan bagi "Soalan Yang Sukar" oleh murid @ tetamunya.

Walaupun sudah keletihan tetapi beliau akan tetap memulakan rutin hidup yang sama selama berpuluh tahun hinggalah menghadapi masalah kesihatan.





13. BERHIJRAH SEORANG DIRI DI ZAMAN PRA-KEMERDEKAAN


... telah berhijrah seorang diri dari Negeri Kelantan Darulnaim ke Negeri Kedah Darulaman di zaman pra-kemerdekaan.  


... pernah beliau tidak makan berhari-hari.  Bekerja di ladang, di sawah padi serta mengambil upah mengangkut baja kelawar dari gunung untuk menyara hidup sambil menuntut ilmu

Ilmu yang diperolehi disedekahkan kepada muridnya tanpa sebarang ganjaran.  
_______________________________________________________

Walaupun dia sudah tiada hampir 20 tahun yang lalu, masih ramai orang yang mengenali dan mengingatinya; berbanding kita anak cucu yang masih hidup...




12. PRAKATA: ASALNYA BLOG UNTUK ANAK- CUCU SAHAJA

Blog ini pada asalnya hanyalah untuk tatapan ahli keluarga sahaja.  Cucu Tok Ayah telah membantu dengan menjadikan ianya lebih sempurna.   

Tidak ada  niat yang  lain selain dari mengingati semula kenangan serta pesanan Tok Ayah ketika hidup untuk di hayati oleh kalangan keluarga, murid ataupun kenalannya.
 

Kenangan bersama Tok Ayah pada suatu masa dahulu juga dicatat dan disiarkan semula bagi memberi peluang kepada generasi baru yang tidak berkesempatan untuk bertemu serta mengenali beliau dengan lebih dekat.

Bukannya mudah untuk menulis kembali peristiwa yang telah berlaku lebih 20 tahun yang lalu.   Apatah lagi maklumat berintegriti yang menjadi pra-syarat etika penulisan  adalah suatu amanah serta tanggungjawab berat yang terpaksa ditanggung oleh penulis.

Atas prinsip bahawa "Ilmu Yang Dimanfaatkan" hendaklah menjadi amalan berterusan, maka siaran ini turut disebarkan kepada kalangan yang hanya mengenali Tok Ayah melalui maklumat yang disampaikan oleh insan lain. Kisah yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk biarlah menjadi sempadan.

Mohon ribuan kemaafan atas segala kelemahan atau fakta siaran yang tidak sesuai pada pandangan Tuan/Puan.


HANYA KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.



AL-FATIHAH


11. MENYAMBUT DYMM SULTAN KEDAH DI MASJID PARIT PANJANG


10. ULAMA' PEWARIS NABI II: SEDEKAH ILMU


"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara: iaitu sedekah jariah (yang berterusan) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya."
________________________________________________________

"ANAK CUCU HARI INI PATUT BERSEDEKAHKAN ILMU
YANG MEREKA ADA TANPA SEBARANG ALASAN
KERANA BERSEDEKAHKAN HARTA BENDA
MUNGKIN KITA TIDAK MAMPU".....  

9. ULAMA' PEWARIS NABI


"Diriwayatkan dari Mu'az, katanya: Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahuinya adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian." 

1 TOk Kenali Tok Man Tok Kenali 
2 TG Hj Abd Razak Perak 
3 TG Othman al-Yunusi  
4 Syeikh Yasin Isa al-Fadani 
5 Sheikh Wan Ismail Wan Abd Qader al-fathani (Pak Da Eil Makkah)
6 Syeiikh Yusuf Rawa 
7 TG Hj Omar Zuhdi 
8 TG Hj Abd Wahab Kedah 
9 Sheikh Musa ayah kepada Tg Hj Salleh Sik Kedah 
10 Sheikh Ni'mat Yusuf 
11 Sheik Wan Ibrahim (Pak Chu Him)
12 TG Hj Wahid Sg Udang 
14 TG Hj Salleh Pedada 
15 Hj Shafie Losong 
16 TG Hj Husein Langgar Kedah 
18 TG Hj Yahya Junied
19 TG Hj Yusuf Husein Tobiar Kedah

iHSAN: Ibnu fatani

8. JELAPANG PADI SEJAHTERA: SEJARAH MADRASAHNYA

Allahyarham TG Haji Omar Zuhdi kembali dari Makkatul Mukarramah bersama isteri dan anak-anaknya setelah selesai menuntut ilmu pengetahuan.  Berbekalkan dengan keazaman yang kuat beliau berhasrat pula untuk membuka sebuah pusat pengajian bertujuan untuk menyebarkan Ilmu Pengetahuan Agama Islam kepada anak bangsanya.


Atas kehendak ayahandanya,  beliau mengambil keputusan menetap di Banggol Berangan, Baling, Kedah serta membuka pondok pengajian yang dinamakan 
Madrasah Misbahul FalahMenurut perancangan awal, pembukaan Madrasah Misbahul Falah akan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Badlishah pada tahun 1958


Setelah hari keberangkatan Baginda Sultan Kedah ditetapkan dan segala persiapan telah diatur termasuklah majlis kenduri dan sebagainya, datang satu berita yang mengatakan bahawa Baginda Sultan Kedah telah mangkat.

Pihak pengurusan Madrasah mengadakan acara tahlil sempena kemangkatan Sultan Kedah dan Madrasah Misbahul Falah tersebut dirasmikan sendiri oleh  TG Haji Omar Zuhdi.  Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut manhaj yang telah disediakan oleh  TG  sendiri, mengikut sistem pengajian Nizhomi dan Umumi

Sistem pengajian nizhomi adalah sistem pengajian kelas bermula tahun I’dadi hingga ke thanawi dan sistem pengajian umumi adalah pengajian kitab-kitab torah dari kulit ke kulit.

Sistem pengajian 
nizhomi dan umumi mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan masyarakat yang dahaga ilmu pengetahuan agama serta dapat berjalan sehingga sekarang ini. 

Ihsan: @syed mohd nazli b. syed mohd (Murid). 



7. ULAMA' BESAR ALAM MELAYU


TOK AYAH MEMBERITAHU  SEORANG TETAMU:

"Kita kena jadi Tuan kepada Nafsu;  Jangan menjadi suruhan kepada Nafsu itu" 


.........................................................................................

BELIAU MENGHURAIKAN MAKSUDNYA:

 "Kita adalah TUAN apabila   menyuruh monyet 
  untuk memetik buah.

"Bukannya monyet yang menjadi TUAN dengan menyuruh kita
naik keatas pokok dan mengikuti kemahuannya."


6. MELAWAT ORANG BERJUDI

Jika tahu ada orang berjudi, beliau akan melawat tempat itu samada siang atau malam walaupun seorang diri. 

Jika penganjur atau pemain judi tahu dia akan datang, mereka tidak akan tunggu.  Bukan takut kepada beliau, tetapi mereka "segan" dan "malu" padanya.. 

5. BERHENTI MENGAJAR UNTUK MEMBERI MAKANAN KEPADA AYAM PELIHARAANNYA


Ada ketika sewaktu sedang membaca kitab, tiba-tiba

beliau berhenti. Tok Ayah menangguhkan 

pengajian buat sementara untuk menguruskan makanan untuk beberapa ekor ayam peliharaannya. 


Murid-muridnya akan  menunggu sehingga beliau

kembali semula untuk menyambung pelajaran

mereka.


4. GELARAN "ZUHDI" DARIPADA GURUNYA DI MAKKAH


Tuan Guru Hj Omar Zuhdi mendapat gelaran

 zuhdi  (zuhud)

daripada gurunya Tuan Guru 'Abdul Rahman Jabad 

di Makkah,  seorang 'Ulama' Sufi .

3. MADRASAH MISBAHUL FALAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1958


Madrasah ini telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar Zuhdi b Salleh pada tahun 1958 Masihi bersamaan 1378H dan telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah,Malaysia bernombor pendaftaran NO:10/64 bertarikh 7.81378H bersamaan 15 April 1964Masihi.

Madrasah ini terletak di atas sekeping tanah seluas 12 relong, bertempat di atas satu kawasan pendalaman suatu masa dahulu yang diberi nama Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia.

2. MASJID OMAR ZUHDI



Kebanyakan petugas masjid itu adalah daripada kalangan muridnya.

1. PUSARA DI PARIT PANJANG, BALING, NEGERI KEDAH DARULAMAN



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...