Murid terawal yang menuntut ilmu di Madrasah Misbah tahun 1960an memberitahu ketika Tok Ayah giat mengajar agama di malam hari dan awal pagi, pelita minyak tanah yang digunakan oleh murid akan menerangi kegelapan malam di halaman rumahnya sewaktu beliau menyampaikan bacaan kitab umumi selepas maghrib, isya dan subuh.
Sekiranya ada api yang terpadam kerana ditiup angin, muridnya akan bersilih-ganti berusaha untuk menghidupkan semula api pelita bagi meneruskan bacaan kitab masing-masing.