Seingat anak bongsu beliau, Tok Ayah lebih berminat mengajar (menyampaikan ilmu) sambil duduk bersila. Dia selesa mengajar secara lisan tanpa menggunakan papan tulis ; memang beliau bukanlah seorang ahli pidato yang gemar berucap di khalayak ramai.
Ketika mengajar, dia tidak kisah untuk membawa anak kecil sambil duduk di atas riba. Murid kena bersabar jika anaknya meragam kerana dia akan mengambil masa untuk menenangkan anak itu.