Wednesday, August 6, 2014

50. MEMBACA KITAB SAMBIL MENGASUH ANAK


Ketika menyampaikan ilmu, beliau tiada halangan untuk membawa anak kecil bersama dan duduk di atas pangkuannya. 

Sekiranya anak itu "menganggu", dia akan cuba mententeramkan mereka. Murid-murid beliau terpaksalah "bersabar" sehingga "keadaan menjadi benar-benar terkawal" sebelum meneruskan pengajian mereka...

49. MENGAJAR SECARA SUKARELA

Datukmu mahu dia dikenali sebagai seorang yang bekerja sendiri. 

Pernah ketika ditanya apakah yang hendak ditulis dalam  Borang Sekolah mengenai JENIS PEKERJAANNYA, dia mahu ditulis sebagai "BEKERJA SENDIRI" kerana katanya beliau tiada gaji yang tetap (mengajar secara sukarela)...

48. SUKA ORANG YANG MENUNTUT ILMU

Beliau tidak suka jika ada orang yang memberi berbagai alasan untuk tidak menuntut ilmu dan pernah merungut: 

"Marilah semua belajar. Hanya perlu duduk dan mendengar sahaja, bukannya kena bayar walau sedikitpun".

47. MENUNGGANG KUDA MENYEBERANGI SUNGAI UNTUK KE KEBUN


Pada tahun 1950an, beliau selalu menaiki kuda dari Kupang, Baling dan menyeberangi Sungai Kuala Pegang untuk ke Kg. Lanai kerana tiada jambatan dibina pada masa itu. 

Ada ketikanya dia turut membawa anak kecilnya (Khadijah) dan mereka terpaksa menyeberangi sungai sedalam kira-kira 4 hingga 5 kaki itu untuk menyeberangi sungai tersebut.

46. KUDA KESAYANGAN


Kuda kesayangannya yang telah mati meninggalkan seekor anak jantan yang  berwarna putih. Anak kuda itu kemudiannya  telah dibeli dengan harga $30.00 oleh seorang kenalannya.


45. TANGGUNGJAWAB DI MUSIM MENUAI PADI

Beliau membantu bapa mertuanya untuk mengangkut padi dari sawah ke jelapang untuk disimpan. Biasanya dengan menunggang kuda sambil membawa padi menggunakan bekas yang menyerupai beg yang dipasang seimbang beratnya di kiri dan kanan kuda itu apabila tiba musim menuai padi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...