Blog ini pada asalnya hanyalah untuk tatapan ahli keluarga sahaja. Cucu Tok Ayah telah membantu dengan menjadikan ianya lebih sempurna.
Tidak ada niat yang lain selain dari mengingati semula kenangan serta pesanan Tok Ayah ketika hidup untuk di hayati oleh kalangan keluarga, murid ataupun kenalannya.
Kenangan bersama Tok Ayah pada suatu masa dahulu juga dicatat dan disiarkan semula bagi memberi peluang kepada generasi baru yang tidak berkesempatan untuk bertemu serta mengenali beliau dengan lebih dekat.
Bukannya mudah untuk menulis kembali peristiwa yang telah berlaku lebih 20 tahun yang lalu. Apatah lagi maklumat berintegriti yang menjadi pra-syarat etika penulisan adalah suatu amanah serta tanggungjawab berat yang terpaksa ditanggung oleh penulis.
Atas prinsip bahawa "Ilmu Yang Dimanfaatkan" hendaklah menjadi amalan berterusan, maka siaran ini turut disebarkan kepada kalangan yang hanya mengenali Tok Ayah melalui maklumat yang disampaikan oleh insan lain. Kisah yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk biarlah menjadi sempadan.
Mohon ribuan kemaafan atas segala kelemahan atau fakta siaran yang tidak sesuai pada pandangan Tuan/Puan.
HANYA KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment