Inna LILLAHI wa inna ILAIHI raajiun. Telah hilanglah sebiji
Permata Ulama Tanah Serambi Mekah Al Allamah As Sufi Al Wara` Tn Guru As Syeikh
Abd Qadir Bin Md Yussof Al Madani (Tn Guru Paksu Haji Musa, Tumpat).
Inilah salah seorang
murid (Tok Ayah)
[HILANGNYA
SEBUTIR PERMATA]
Inna
LILLAHI wa inna ILAIHI raajiun. Telah hilanglah sebiji Permata Ulama Tanah
Serambi Mekah Al Allamah As Sufi Al Wara` Tn Guru As Syeikh Abd Qadir Bin Md
Yussof Al Madani (Tn Guru Paksu Haji Musa, Tumpat) pada jam 2.15 pagi ini
setelah beberapa minggu berada di wad ICU HUSM Kubang Kerian. Semoga ALLAH
Jalla Wa Aala menetapkan beliau bersama para Aulia, Siddiqin, juga
Soolihin....... Al Faatihah.
--------------------------------
Beliau
lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji
Musa dan
saya percaya bahawa hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu
Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada
27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami
isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.
Beliau
memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor
selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol
Berangan, Madrasah
Misbahul Falah di bawah asuhan mudirnya serta
guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar
Az-Zuhdi Bin Haji Saleh dan
kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji
Hashim bin Hj Abu Bakar.
Ihsan: Aspah Ibrahim
Inilah salah seorang murid (Tok Ayah)