Sunday, November 23, 2014
79. TG HAJI OMAR ZUHDI BERGURU DENGAN SYEIKH ADDUL QADER BIN TOLIB AL-MANDILI (MAKKAH)
Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili. Seorang ulama ”yang bersangatan alimnya" sehingga digelar “Al-Alim Al-Fadhil wa Al-AbdiAl-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili Al-Indonesi”
IHSAN: Sang Pujangga
IHSAN: Sang Pujangga
78. LATARBELAKANG PENGAJIAN AGAMA
1.0
LATARBELAKANG
NAMA: Haji Omar Zuhdi b. Haji Saleh (1919- 24.12.1994)
TEMPAT
LAHIR: Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kelantan
PENDIDIKAN:
I. Pondok Tok Selehong, Kelantan
Hj. Abd Rahman: Rakan Tok
Kenali
- Pondok Pulau Pisang, Kelantan(TG Ali Salehudin)
- Pondok Panji, Kelantan (TG Haji Ismail)
- Pondok Gajah Mati, Kedah
- Pondok Cemara, Jeniang, Kedah
- Pondok Penanti, Pulau Pinang(TG Sheikh Osman Jalaludin)
- Pondok Kg. Pisang, Kupang, Kedah(TG Haji Yahaya; Ketika berumur 27 tahun)
- Masjidil Haram, Makkah: Selepas Perang Dunia ke 2
-
GURU TOK AYAHDI MAKKAH
(SHEIKH
DAUD BIN SULAIMAN AL-KALANTANI, SHEIKH 'ABDUL QADIR BIN 'ABD
AL-MUTALLIB AL-MANDILI DAN SHEIKH MUKHTAR ANFANANI) selama 5 tahun
TG
HAJI OMAR ZUHDI MEMPUNYAI AUTORITI KEILMUAN SECARA IJAZAH TADRIS DARI
TIGA ORANG 'ULAMA YANG MENGAJAR
DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH KETIKA ITU IAITU SHEIKH DAUD BIN
SULAIMAN AL- KALANTANI, SHEIKH 'ABDUL QADIR BIN 'ABD AL-MUTALLIB AL-
MANDILI DAN SHEIKH MUKHTAR ANFANANI.
AUTORITI
IJAZAH TADRIS INILAH
DIANUGERAHKAN KEPADA SESIAPA YANG LAYAK MENGAJAR BERDASARKAN
ILMU-ILMU YANG BERSEPADU MELIPUTI ILMU NAQLI DAN 'AQLI. INILAH
TRADISI PENGAJIAN DI MAKKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN.
Ihsan:
Ustaz Syed Muhammad Nazli (Murid)
- Mengasaskan Madrasah Misbahul Falah Banggol Berangan, Kedah pada tahun 1958
77. Tok Ayah Musa, Tumpat, KELANTAN (MURID TG HAJI OMAR ZUHDI)
Tuan guru (Tok Ayah Musa) memberitahu : " Tok Ayah terima hadis musalsal ini daripada Tok Guru Haji Omar Zuhdi. Tok Guru Haji Omar Zuhdi menerimanya daripada Syeikh Yassin Al-Fadani dan sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
"Orang-orang yang saling menyayangi, sentiasa Tuhan Ar-Rahman Tabaraka Wa Ta'ala menyayangi mereka. Sayangilah penduduk di bumi, sentiasa penduduk di langit akan menyayangi kamu."
____________________________________________________________________________
[Catatan] Tok Ayah Musa pernah belajar dengan Tuan Guru Asy-Syeikh Haji Omar Az-Zuhdi di Banggol Berangan Lanai, Baling, Kedah. Pondok gurunya itu bernama Madrasah Misbahul Falah.
Tuan Guru Haji Umar adalah guru kesayangan Tok Ayah Musa, guru yang banyak memberi kesan peribadi dan kerohanian kepadanya.
Tuan Guru Haji Omar Zuhdi adalah murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Thaha Kampung Pisang. Ketika menuntut ilmu di Makkah, beliau sempat berguru dengan Tuan Guru Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili, Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kelantani Al-Makki dan Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani Al-Makki.
Semoga Allah merahmati mereka semua serta melimpah manafaat ilmu mereka kepada kita semua. Amin
IHSAN: Ibnu Masran
Subscribe to:
Posts (Atom)