HAMKA MENULIS:
"Anak lelaki tidak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahu telah dikayuhnya ke tengah, dia tidak boleh surut palang, meskipun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang."
TOK AYAH HIDUP MERANTAU membawa diri ketika berumur belasan tahun dari Negeri Kelantan ke Negeri Kedah pada tahun 1930an. Anak yatim yang kehilangan ibu sejak kecil ini mengembara seorang diri dengan bekalan hidup ala kadar dengan niat untuk menuntut ilmu agama sambil mencari kerja demi sesuap nasi bagi meneruskan kehidupannya.
Ketika berjalan seorang diri di Daerah Grik, Perak beliau telah dinasihatkan supaya tidak meneruskan perjalanan kerana didepannya adalah "Kawasan Bahaya Sumpitan Binatang Buas Oleh Orang Asli" tetapi dia tetap gigih untuk meneruskan perjalanannya.
Setelah berjaya melepasi "kawasan perangkap maut" itu, hari telah beransur malam menyebabkan beliau terpaksa memanjat pokok dan tidur di atas pokok itu dalam hutan rimba bagi mengelakkan binatang buas.
Esok pagi dalam keadaan serba kekurangan, dia berjalan mengikuti denai untuk menyeberangi sungai sehingga berjumpa sebuah rumah @ bangsal di dalam hutan.
Beliau hanya "membalik haluan pulang" ke Kelantan setelah mencapai cita-cita ketika melangkah keluar dari negeri kelahiran yang ditinggalkannya sejak bertahun lalu.....
Beliau hanya "membalik haluan pulang" ke Kelantan setelah mencapai cita-cita ketika melangkah keluar dari negeri kelahiran yang ditinggalkannya sejak bertahun lalu.....
RUJUKAN:Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah, pemilik nama pena HAMKA (lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam,Sumatera Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Juli 1981 pada umur 73 tahun) adalah seorang ulama dan sastrawan Indonesia.