Saturday, December 20, 2014

87. TOK AYAH : 20 TAHUN DALAM KENANGAN

 
TG HAJI OMAR ZUHDI BIN SALEH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 24.12.1994 DI HOSPITAL DAERAH SIK, NEGERI KEDAH DARULAMAN.




Wednesday, December 10, 2014

86. NAMA ANAK - CUCU


SUATU HARI SE ORANG TETAMU MENYEBUT "NAMA  ANAK PEREMPUANNYA" KETIKA MEMPERKENALKAN DIRI. 

Tok Ayah berdiam diri seketika (ternampak bahawa dia seakan tidak berkenan) dengan nama itu. 


Pada masa yang lain ketika anaknya sendiri bertanyakan "nama-nama yang elok" untuk anak- cucu, beliau dengan segera menyebut:

"Elok belaka; Khadijah, Aishah, Fatimah ...."

Saturday, December 6, 2014

85. HILANGNYA SEBUTIR PERMATA (Murid Tok Ayah)

Inna LILLAHI wa inna ILAIHI raajiun. Telah hilanglah sebiji Permata Ulama Tanah Serambi Mekah Al Allamah As Sufi Al Wara` Tn Guru As Syeikh Abd Qadir Bin Md Yussof Al Madani (Tn Guru Paksu Haji Musa, Tumpat). 

Inilah salah seorang murid (Tok Ayah)

[HILANGNYA SEBUTIR PERMATA]

Inna LILLAHI wa inna ILAIHI raajiun. Telah hilanglah sebiji Permata Ulama Tanah Serambi Mekah Al Allamah As Sufi Al Wara` Tn Guru As Syeikh Abd Qadir Bin Md Yussof Al Madani (Tn Guru Paksu Haji Musa, Tumpat) pada jam 2.15 pagi ini setelah beberapa minggu berada di wad ICU HUSM Kubang Kerian. Semoga ALLAH Jalla Wa Aala menetapkan beliau bersama para Aulia, Siddiqin, juga Soolihin....... Al Faatihah.
--------------------------------
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan saya percaya bahawa hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah di bawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar Az-Zuhdi Bin Haji Saleh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.

Ihsan: Aspah Ibrahim




84. MURID TOK AYAH: Tuan Guru Awang Lanai (Tuan Guru Hj. Abd. Wahab b. Hj. Hasan. Mudir Madrasah Tahzib An Nufus).

Tuan Guru Haji Abd. Wahab bin Haji Hassan adalah anak murid yang rapat dengan ayahanda Tuan Guru Haji Omar Zuhdi (pengasas pondok Misbahul Falah, Banggol Berangan, Baling, Kedah). 

Beliau menuntut ilmu dari “Pak Teh Tok Guru” (panggilan mesra masyarakat kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi) dari tahun 1959 hinggalah kembalinya Tuan Guru Omar Zuhdi kembali ke Rahmatullah pada tahun 1994. 

Hubungan yang rapat antara guru dengan murid itu seperti ayah dan anak, kerana lamanya tempoh yang beliau gunakan dalam mempelajari ilmu dari Tuan Guru Omar Zuhdi. Diantara sahabat seperguruan beliau yang belajar dengan “Pakteh Tok Guru” yang terkenal di negeri Kedah adalah Tuan Guru Haji Bakar Bin Ibrahim (Ustaz Bakar Bongor), Ustaz Taib Azzamuddin ( Bekas Imam Masjid Negara ), Dr Abd Wahab (UKM) dan ramai lagi.


IHSAN: Menjejak harapan

Tuesday, December 2, 2014

83. HIDUP SUKAR DI NEGARA ASING & MENINGGALKAN ANAK KECIL DI MALAYA

Allahyarhamah Hajah Ramlah di saat akhir hayatnya masih terkenangkan cabaran sewaktu mencari "rezeki demi sesuap nasi" serta kerinduan kerana "selalu teringatkan anak kecilnya" Khadijah dan Aishah yang ditinggalkan ketika menemani Tok Ayah menuntut ilmu di Makkah selama 5 tahun.

Saturday, November 29, 2014

82. TOK AYAH DALAM KENANGAN (24.12.1994 - 24.12.2014)


Ustaz Abu Bakar bin Taib; Mudir Madrasah Nurul Islah 
(menantu Tok Ayah) mengimamkan solat jenazahnya

Thursday, November 27, 2014

81. SUATU HARI KETIKA ANAK-CUCUNYA SEDANG BERBUAL ...


... tiba-tiba Tok Ayah muncul hanya untuk memberitahu mereka :

Ahli syurga kulitnya bersih (berkilat) seperti  kuku kaki dan tangan kita (sambil melihat kuku tangannya)".  


 .. dan beliau terus beredar pergi selepas itu.

Sunday, November 23, 2014

80. GURU TG HAJI OMAR ZUHDI: TG HAJI YAHAYA MUHAMAD THAHA

Allahyarham Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha; Mudir Yayasan Khairiah, Kupang, Baling, Kedah pada era tahun 1960an.


79. TG HAJI OMAR ZUHDI BERGURU DENGAN SYEIKH ADDUL QADER BIN TOLIB AL-MANDILI (MAKKAH)




Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili. Seorang ulama ”yang bersangatan alimnya" sehingga digelar “Al-Alim Al-Fadhil wa Al-AbdiAl-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili Al-Indonesi”

IHSAN: Sang Pujangga

78. LATARBELAKANG PENGAJIAN AGAMA

1.0 LATARBELAKANG

NAMA: Haji Omar Zuhdi b. Haji Saleh (1919- 24.12.1994)
TEMPAT LAHIR: Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kelantan

PENDIDIKAN:                                                  I. Pondok Tok Selehong, Kelantan
                                                                              Hj. Abd  Rahman: Rakan Tok  Kenali
                1. Pondok Pulau Pisang, Kelantan(TG Ali Salehudin)
                2. Pondok Panji, Kelantan (TG Haji Ismail)
                3. Pondok Gajah Mati, Kedah
                4. Pondok Cemara, Jeniang, Kedah
                5. Pondok Penanti, Pulau Pinang(TG Sheikh Osman Jalaludin)
                6. Pondok Kg. Pisang, Kupang, Kedah(TG Haji Yahaya; Ketika berumur 27 tahun)
                7. Masjidil Haram, Makkah: Selepas Perang Dunia ke 2
                1. GURU TOK AYAH 
                  DI MAKKAH
(SHEIKH DAUD BIN SULAIMAN AL-KALANTANI, SHEIKH 'ABDUL QADIR BIN 'ABD AL-MUTALLIB AL-MANDILI DAN SHEIKH MUKHTAR ANFANANI) selama 5 tahun

TG HAJI OMAR ZUHDI MEMPUNYAI AUTORITI KEILMUAN SECARA IJAZAH TADRIS DARI TIGA ORANG 'ULAMA YANG MENGAJAR DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH KETIKA ITU IAITU SHEIKH DAUD BIN SULAIMAN AL- KALANTANI, SHEIKH 'ABDUL QADIR BIN 'ABD AL-MUTALLIB AL- MANDILI DAN SHEIKH MUKHTAR ANFANANI.

AUTORITI IJAZAH TADRIS INILAH DIANUGERAHKAN KEPADA SESIAPA YANG LAYAK MENGAJAR BERDASARKAN ILMU-ILMU YANG BERSEPADU MELIPUTI ILMU NAQLI DAN 'AQLI.  INILAH TRADISI PENGAJIAN DI MAKKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN. 


Ihsan: Ustaz Syed Muhammad Nazli (Murid) 
                1. Mengasaskan Madrasah Misbahul Falah                                                                             Banggol Berangan, Kedah pada tahun 1958 











77. Tok Ayah Musa, Tumpat, KELANTAN (MURID TG HAJI OMAR ZUHDI)


Tuan guru (Tok Ayah Musa) memberitahu :  " Tok Ayah terima hadis musalsal ini daripada Tok Guru Haji  Omar Zuhdi. Tok Guru Haji Omar Zuhdi menerimanya daripada Syeikh Yassin Al-Fadani dan sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم . 

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
"Orang-orang yang saling menyayangi, sentiasa Tuhan Ar-Rahman Tabaraka Wa Ta'ala menyayangi mereka. Sayangilah penduduk di bumi, sentiasa penduduk di langit akan menyayangi kamu."
____________________________________________________________________________

[Catatan] Tok Ayah Musa pernah belajar dengan Tuan Guru Asy-Syeikh Haji Omar Az-Zuhdi di Banggol Berangan Lanai, Baling, Kedah. Pondok gurunya itu bernama Madrasah Misbahul Falah. 

Tuan Guru Haji Umar adalah guru kesayangan Tok Ayah Musa, guru yang banyak memberi kesan peribadi dan kerohanian kepadanya. 

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi adalah murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Thaha Kampung Pisang. Ketika menuntut ilmu di Makkah, beliau sempat berguru dengan Tuan Guru Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili, Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kelantani Al-Makki dan Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani Al-Makki. 

Semoga Allah merahmati mereka semua serta melimpah manafaat ilmu mereka kepada kita semua. Amin

IHSAN: Ibnu Masran

Sunday, November 16, 2014

76. SENARAI PENGETUA DAN SETIAUSAHA, MADRASAH MISBAH AL-FALAH (1958-2014)






Senarai Mudir Madrasah (Pengetua)
1.Tuan Guru Haji Omar Zuhdi bin Salleh (1958; Pengasas)
2.Ustaz Abdullah bin Haji Hamzah (1980an)
3.Ustaz Haji Abu Bakar bin Ibrahim (1990an)
4. Ustaz Muhamad Mukhtar bin Haji Omar Zuhdi (1990an- Masakini)

Senarai Setiausaha Madrasah
1.Ustaz Ahmad bin Haji Hamzah (1960an)
2.Ustaz Haron bin Md Isa (1970an)
3.Ustaz Nawi bin Haji Salleh (1970an)
4.Ustaz Kadir bin Kassim (1980an)
5.Ustaz Abu Bakar bin Ibrahim (1980an)
6.Ustaz Hashim bin Ariffin (1990an)
7. Ustaz Hilmi bin Yaakub (1990an- Masakini)


Monday, November 3, 2014

75. IKHLAS MENCARI REZEKI KERANA ALLAH

Beliau pernah memberitahu tetamunya:

Ikhlas kerana Allah, untuk memudahkan urusan orang lain.   Dapat pahalaupah pun dapat (orang bagi juga)".

Sunday, November 2, 2014

74. SEDEKAH "ILMU YANG DIMANFAAT"


".... SEDEKAHKAN ILMU
YANG ADA TANPA SEBARANG ALASAN
KERANA BERSEDEKAHKAN HARTA BENDA
MUNGKIN KITA TIDAK MAMPU"..... 


Sunday, September 14, 2014

73. MENJAGA AMANAH


Apabila orang bertanya kepadanya mengapa beliau  tidak pergi berdakwah di luar kawasan, Tok Ayah memberitahu mereka:

"Ibu-bapa menyerahkan anak-anak di sini untuk belajar (menuntut ilmu agama). Kita (ada amanah) tidak boleh meninggalkan mereka. 

Wednesday, September 10, 2014

72. MADRASAH MISBAH AL-FALAH 1968-2014


1958-1966: SEKOLAH PELAJAR LELAKI DI MADRASAH
           (TAPAK LAMA)
1958-1966: SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN DI TAPAK
           RUMAH USTAZAH ZABEDAH (MASAKINI)
1967:      MADRASAH BARU MULA DIBINA
1969-1970: PEMBINAAN SEKOLAH BARU UNTUK 
           PELAJAR PEREMPUAN
1980:      KELAS THADIRI DIGANTI DENGAN KELAS
           'EDADI
           KELAS ENAM DIMANSUHKAN DAN DIGANTI
           DENGAN KELAS 'EDADI KELAS LIMA 
1983:      PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH
           PUTERI

1995:      PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH BARU 
           TIGA TINGKAT UNTUK PELAJAR PUTERI 
Rujukan: Pondok Lanai @ Radiome Istuning

Friday, August 29, 2014

71. TUAN GURU BERADA DEKAT DENGANMU


Murid beliau tinggal bersebelahan dengan tanah perkuburan yang menempatkan pusaranya.  Seorang muridnya (Ustaz)  melawak dengan mengatakan:

"Dia (murid itu) tidak perlu takut walaupun pada malam hari kerana Tuan Guru  selalu ada dekat dengannya" .

Monday, August 25, 2014

70. SUKA BERBUAL & BERTUKAR FIKIRAN DENGAN TEMAN JAUH DAN DEKAT

Teman rapatnya mengenali beliau sebagai seorang yang suka berbual dan  mereka saling mengunjungi.

Sunday, August 24, 2014

69. MENGAWAL SUKA DAN DUKA

Tok Ayah tidak pernah menunjukkan emosi keterlaluan ketika gembira ataupun berduka semasa hayatnya.






Wednesday, August 20, 2014

68. PUSAT PENGAJIAN AGAMA KALANGAN AHLI KELUARGA

Selain daripada Madrasah Misbahul Falah (Induk) terdapat dua lagi Pusat Pengajian Agama Islam (Pondok) yang diasaskan oleh Menantunya:

1. Madrasah Nurul Islamiah:
     Pengasas: Tuan Haji Abdullah bin Haji Hamzah
     Suami Khadijah binti Haji Omar Zuhdi

2.  Madrasah Nurul Islah
      Pengasas: Tuan Haji Abu Bakar bin Taib
      Suami Aishah binti Haji Omar Zuhdi 

  


67. TIDAK PERNAH MEMBELI @ MEMILIKI KENDERAAN BARU







Beliau tidak pernah membeli motosikal atau kereta baru. Kenderaan (di atas) adalah jenis yang paling diingati oleh murid dan kenalannya.  

Motosikalnya (PE41) masih disimpan sebagai kenangan anak-cucu.

Tuesday, August 19, 2014

66. CUCU TOK AYAH: Omar Zuhdi & Omar Az-Zuhdi


TG Haji Omar Zuhdi mempunyai dua orang cucu yang bernama Omar Zuhdi dan Omar Az-Zuhdi. 
Omar Zuhdi adalah cucu lelaki ke-9 daripada semua 11 orang dengan isteri pertama; manakala Omar Az-Zuhdi adalah cucu daripada isteri kedua.

Kedua-duanya lahir pada tahun 1997 iaitu 3 tahun selepas ketiadaannya.

65. TG HAJI OMAR ZUHDI, KELAHIRAN NEGERI KELANTAN


Beliau biasanya akan menyebut bilangan SATU sebagai SA (1),2,3,4 ..... seperti kelaziman sebutan penduduk daripada negeri berkenaan.

Sunday, August 17, 2014

64. SEKOLAH RENDAH ISLAM OMAR ZUHDI

Murid TG Haji Omar Zuhdi menamakan sekolah sempena nama beliau di Negeri Selangor Darul Ehsan










Saturday, August 16, 2014

63. KEMBALI KE NEGERI RAHMAT ALLAH

Apabila menantunya meninggal dunia, beliau menulis sepucuk surat bertulisan rumi yang ringkas kepada anaknya dan memaklumkan:

"Kekandamu (Haji Abdullah b. Haji Hamzah) telah "Kembali ke Negeri Rahmat Allah".

62. AJARLAH (SAMPAIKAN ILMU) YANG KAMU TAHU.....


Se orang muridnya agak keberatan apabila diminta untuk menyampaikan ilmu (mengajar)kepada orang lain. 

Beliau memberitahu murid itu:

"Aku memintamu menyampaikan sesuatu yang kamu tahu. (Apa susahnya) Aku tidak menyuruhpun mengajar sesuatu  yang kamu tidak tahu". 

61. PESAN TOK AYAH

 
Tok Ayah berpesan kepada anaknya:"Dalam hidup ini, kita kena berada antara TAKUT dengan HARAP".  

Beliau menjelaskan kemudiannya: "Jangan terlalu takut ('AzabNya) dan jangan pula terlalu berharap (RahmatNya)".



Friday, August 15, 2014

60. TIDAK MEMAKSA (KETIKA KANAK-KANAK)



Suatu hari apabila melihat anaknya bermain di depan rumah, beliau bertanya kenapa tidak ke sekolah. 

Bila diberitahu tidak sihat (demam),  dia hanya ketawa sambil melawak:

"Mungkin tandanya dah kena "Duri Daun Palas (maksudnya malas)". 

59. ILMUAN TRADISIONAL & BUKAN AHLI PEMIDATO



Allahyarham TG Haji Omar Zuhdi lebih dikenali sebagai ilmuan tradisional dan bukannya seorang ahli pemidato yang hebat. 

Beliau lebih selesa menyampaikan ilmu agama bersumberkan kitab-kitab lama sambil duduk bersila dengan dikelilingi oleh murid-muridnya.

58. TAPAK KAKI RENDAH DI ARAS TANAH KETIKA BERJALAN..


KETIKA BERJALAN, TAPAK KAKINYA BEGITU RENDAH DI ATAS ARAS TANAH.

"Bunyi geseran" yang kedengaran merupakan suatu tanda amaran kepada kami bahawa beliau berada terlalu hampir dan memberikan peluang kepada kami untuk segera menghentikan perbuatan yang tidak disukainya ...

57. MELARANG ANAK TIDUR SELEPAS WAKTU ASAR @ LEWAT SENJA


Beliau melarang anak tidur pada waktu lepas 'asar (hampir senja) kerana menurutnya waktu itu tidak baik (melemahkan pemikiran).

56. KERETA TOK AYAH


Beliau pernah memiliki kereta lama jenis Moris Minor 850 cc; No. Pendaftaran N 6138 keluaran 1960an. 

Ketika keluar bersiaran, dia akan memanggil anak-anak yang masih kecil untuk ikut serta. Jika mereka membuat bising, dia tidak begitu mempedulikannya (Kadang-kadang kelihatan dia tersenyum sendiri).

Wednesday, August 13, 2014

55. MERAKAMKAN SUARA ...


Tok Ayah merakamkan bacaan Al-Quran dalam perakam kaset (tape recorder) dan Tok Melah akan mengikuti bacaannya (sebagai panduan) ketika membaca kitab suci itu pada masa lapang.

54. PANTANG MEMUKUL ANAK


BELIAU "PANTANG" MEMUKUL @ MENAMPAR ANAK-ANAK.

Dia pernah memberitahu seorang tetamu supaya jangan melakukannya kerana bimbang tidak dapat mengawal diri (ketika marah) sambil menyebut bahawa anak itu bukannya musuh. 

53 . BERBINCANG LEBIH BAIK


BELIAU PERNAH MEMBERITAHU: 

"BERFIKIR SEORANG DIRI ITU TIDAK MENGHASILKAN JAWAPAN  YANG SEMPURNA". 


Tok Ayah (merujuk perpatah arab) berkata jika membina sebatang tiang di atas bukit, akan kelihatan satu garisan lurus daripada satu arah sahaja.  Sekiranya ada  2 atau lebih tiang, tiada lagi garisan lurus tetapi akan kelihatan berbagai garisan daripada berbagai sudut.



... beliau kemudiannya menjelaskan bahawa sekiranya kita berbincang (mendapat pandangan orang lain), akan ada berbagai buah fikiran (lebih lengkap). 

Monday, August 11, 2014

52. MENGHADKAN PERGERAKAN DALAM RUMAH


Beliau sentiasa akan  menghadkan pergerakannya walaupun ketika berada di dalam rumah. Dia tidak pernah (sewenang-wenangnya) memasuki mana-mana bilik anaknya dan menghormati hak (privacy) mereka. 

51. PANDUAN MEMILIH ORANG YANG BAIK


Ketika ditanya untuk memilih kalangan orang yang baik-baik, beliau biasa memberitahu tetamunya (panduan ringkas):

"Orang yang (mengamalkan) sembahyang. Insyaallah, itu kalangan orang yang baik".


Wednesday, August 6, 2014

50. MEMBACA KITAB SAMBIL MENGASUH ANAK


Ketika menyampaikan ilmu, beliau tiada halangan untuk membawa anak kecil bersama dan duduk di atas pangkuannya. 

Sekiranya anak itu "menganggu", dia akan cuba mententeramkan mereka. Murid-murid beliau terpaksalah "bersabar" sehingga "keadaan menjadi benar-benar terkawal" sebelum meneruskan pengajian mereka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...