Saturday, May 16, 2015

98. MEMULIAKAN TETAMU

Suatu hari ada tetamu berkunjung ketika isterinya tiada di rumah. Tok Ayah lantas keluar untuk mencari murid yang berada di sekitar rumahnya bagi membantu beliau menyediakan apa-apa makanan untuk tetamu itu.

Serentak dengan itu, beliau juga turut ke dapur bagi mempastikan juadah dapat disediakan untuk tetamunya. 

IHSAN: MURID TOK AYAH

Thursday, May 14, 2015

97. PENDAFTARAN PE41: SUDAH 3 X BERTUKAR ...

 

Nombor pendaftaran motosikal Tok Ayah;PE41 yang didaftarkan pada tahun 1963  telah bertukar sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2006, 2010 dan 2017.

Sunday, May 10, 2015

96. TOK AYAH BERPESAN

APABILA DITANYA MENGENAI PESANAN TOK AYAH KEPADANYA,  TG HAJI ABDUL WAHAB HASSAN MEMBERITAHU:

"Ayahmu berpesan padaku supaya jangan tinggalkan pondok ini (Madrasah Misbahul Falah)".

Thursday, May 7, 2015

95. KELUARGA DARI KELANTAN

Kalangan generasi lama di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa masih mengingati bahawa Ayah TG Haji Omar Zuhdi iaitu Haji Saleh adalah merupakan guru agama yang mengajar Al-Quran pada malam hari di rumah seperti yang diceritakan oleh Ahli Keluarganya; Dato' Ismail Mamat, Mantan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara & YDP MPSP (Murid Kelas Al-Quran Haji Saleh).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...