Friday, July 31, 2015

110. STATUS PEKERJAAN: Bekerja Sendiri

Ketika anaknya bertanya mengenai "STATUS PEKERJAAN" untuk dilengkapkan dalam LAPORAN SEKOLAH, Tok Ayah hanya ketawa dan menyatakan bahawa dia "BEKERJA SENDIRI" (Tiada Pendapatan Tetap).

Thursday, July 30, 2015

109. LARANG MEMBELA NAFSU YANG TIDAK BAIK

SUATU HARI TOK AYAH MEMBERITAHU SEORANG TETAMU:

"Daripada membela nafsu (yang tidak baik), lebih baik jika pelihara monyet  (ada juga faedahnya)". 

"Boleh juga disuruh naik pokok untuk ambil buah". 

Wednesday, July 29, 2015

108. KEPADA MEREKA YANG MENDAHULUI KITA... AL-FATIHAH

(1). Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi (2) Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi.   
( 3) Allahyarham Tuan Guru Haji Yahaya Junid.

Tuesday, July 28, 2015

107. MERUJUK KITAB BERTEMANKAN PELITA MINYAK TANAH

Tok Ayah biasa bertemankan pelita minyak tanah sehingga awal pagi untuk membaca dan meneliti satu persatu kitab-kitab (kebanyakannya dalam Bahasa Arab) seolah-olah beliau akan menghadapi peperiksaan yang penting dalam hidupnya.

Dia membuat persediaan itu bagi menjawab semua persoalan yang telah diajukan oleh murid @ tetamunya sebelum itu dan bersedia untuk menjelaskan jawapan kepada mereka pada esok hari.

Suatu ketika anak yang terjaga daripada tidur begitu terkejut apabila "terserempak" dengannya yang masih merujuk kitab di tengah malam dengan  cahaya pelita yang begitu terhad penglihatannya.

Friday, July 24, 2015

106. MAJLIS SETIAP MALAM SELASA: MALAM TRADISI PERSEMBAHAN PELAJAR

PENULIS (kanan) MENYAMPAIKAN HADIAH PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR MADRASAH MISBAH AL-FALAH DI MAJLIS BERKENAAN PADA TAHUN 1989.  
Setiap malam selasa diadakan majlis khusus untuk penyertaan pelajar. Mereka dijemput untuk membuat persembahan nasyid, syarahan, bersyair, membaca Al Quran dan sebagainya mengikut kebolehan masing-masing. 

Melalui program ini, para pelajar dapat menunjukkan bakat terpendam untuk diketengahkan pada masa hadapan. 

105. SELAMAT DATANG KE FB RASMI PONDOK TUAN GURU HAJI OMAR ZUHDI; MADRASAH MISBAH AL FALAH




Murabbi Misbahul Falah... Mendidik Mengenal Allah dan Rasulullah

Thursday, July 23, 2015

104. MENGAMBIL UPAH BAGI MENYARA HIDUP UNTUK MENUNTUT ILMU


Tok Ayah pernah bekerja mengambil upah mengayam atap nipah yang diminta oleh orang kampung di Grik. Dia juga pernah  mengangkut baja kelawar dari gunung dan bekerja di ladang.  

Ada orang yang kasihan kepadanya telah memberikan upah yang melebihi daripada apa yang dilakukannya (sedekah) kerana sedar bahawa dia bekerja sekadar untuk mendapatkan belanja hidup bagi meneruskan pengajian agama untuk disedekah kembali ilmu itu kepada orang lain.

103. MASJID SEBELAH RUMAH

Tapak Madrasah (asal; 1960an) telah dibina Masjid (2014) bersebelahan dengan rumah Tok Ayah  

Wednesday, July 22, 2015

102. RUMAH TOK AYAH & HAJAH RAMLAH

Dibina pada akhir tahun 1950an yang menggunakan kepakaran pertukangan dari Negeri Kelantan. Rumah pusaka ini menjadi tempat pertemuan utama bagi keluarga besar berkenaan. 

Wednesday, July 15, 2015

101: MERAWAT SAKIT GIGI MENGGUNAKAN PAKU, PAPAN DAN PASIR

Apabila anak mengadu sakit gigi, Tok Ayah akan berikhtiar mengubatinya dengan menulis atas pasir di permukaan papan.

Beliau membaca sesuatu sambil menggariskan ayat suci di atas pasir itu dan bertanya mengenai kadar kesakitan sambil menekan paku pada huruf yang ditulis itu.

Monday, July 6, 2015

100. PERTEMUAN ANAK KELANTAN: TG HAJI NIK ABDUL AZIZ & OMAR ZUHDI

Ibu kandung meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Kesusahan hidup pada masa itu menyebabkan dia "segan" untuk menghadiri majlis keramaian di kampung kerana pakaiannya tidak seperti tetamu yang lain.
.....................................................

Apabila beliau menumpang sementara kerana sakit ketika berada di Grik, ibu angkatnya seolah mengganti kasih sayang ibu kandung yang telah tiada. Setelah menumpang berteduh beberapa bulan serta beransur sihat, dia memohon diri untuk keluar mencari rezeki sambil menuntut ilmu. 

Suatu ketika ibu dan anak angkat ini bertemu semula dalam keadaan yang penuh hiba.


Sunday, July 5, 2015

99. BERJALAN SEORANG DIRI DALAM HUTAN TEBAL, MELEPASI KAWASAN BAHAYA TETAPI TERKANDAS PULA...

Ketika membawa diri dari Negeri Kelantan ke Negeri Kedah pada tahun 1940an, beliau mengembara seorang diri dengan niat untuk belajar ilmu agama sambil mencari kerja demi menyara hidupnya. 

Suatu hari ketika berjalan kaki di Daerah Grik, Negeri Perak; beliau dinasihatkan supaya tidak meneruskan pengembaraannya kerana di depan itu adalah "Kawasan Bahaya Sumpitan Binatang Buas oleh Orang Asli" tetapi dia tetap mahu meneruskan perjalanannya.

Setelah berjaya melepasi kawasan berkenaan, hari telah beransur malam menyebabkan beliau terpaksa memanjat pokok dan tidur di atas pokok itu dalam hutan rimba untuk mengelakkan binatang buas.

Esok pagi dalam keadaan serba kekurangan, dia berjalan mengikuti denai untuk menyeberangi sungai sehingga berjumpa sebuah rumah @ bangsal di dalam hutan.  Pemilik rumah itu menjaganya buat sementara ketika dia mengalami demam panas yang berpanjangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...