Friday, December 15, 2017

169. LARANG IKUT NAFSU

SUATU HARI TOK AYAH TELAH MEMBERITAHU SEORANG TETAMUNYA:

"Daripada membela nafsu yang tidak baik itu, lebih baik jika memelihara monyet".  

"Ada juga faedahnya.  Boleh disuruh memanjat pokok untuk mengambil buah".

Tok Ayah kadang-kadang membahasakan NAFSU itu sebagai ANGIN dalam perbualannya. 

Wednesday, November 29, 2017

168. PESANAN KEPADA MURIDNYA


APABILA DITANYA MENGENAI PESANAN TOK AYAH KEPADANYA,  TG HAJI ABDUL WAHAB HASSAN MEMBERITAHU:

"Ayahmu berpesan padaku supaya jangan tinggalkan pondok ini (Madrasah Misbahul Falah)".


Friday, November 24, 2017

167. ANTARA MURID LAMA TOK AYAH YANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK MADRASAH AL-FALAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 23.11.2017 (MALAM JUMAAT)


Allahyarham Ustaz Mohd Ani Md Lazim adalah murid lama Tok Ayah sejak usia remaja dan kemudian terus  menyumbang perkhidmatannya sebagai tenaga pengajar pada tahun 1981 di Madrasah Misbah Al-Falah (Pondok Tok Ayah) iaitu sejak lebin 40 tahun yang lalu.  

Walaupun menerima elaun perkhidmatan yang kecil, dia tetap berazam untuk berkhidmat  di sana hingga nafas yang terakhir. Alhamdulillah, Arwah telah mengotakan hasratnya sehingga akhir hayat dan disemadikan pada 24.11.2017; Hari Jumaat Yang Mulia.  AL-FATIHAH.

KENANGAN BERSAMA TOK AYAH:

Ketika ditanya mengapa digali tapak rumahnya bawah dari aras tanah, Tok Ayah tersenyum sambil memberitahu tetamunya:

"(Tidak mengapa) Kerana suatu hari pasti kita semua akan masuk (ditempatkan) dalam tanah jua."

Lagi Kisah Allahyarham di Siaran No. 135 dan 138

Saturday, October 21, 2017

166. MELAWAT ORANG BERJUDI

Jika tahu ada orang berjudi, Tok Ayah akan melawat tempat itu samada siang atau malam walaupun seorang diri.


Jika penganjur atau pemain judi tahu dia akan datang, mereka tidak akan tunggu.  Bukan takut kepada beliau, tetapi mereka "segan" dan "malu" padanya. 



Friday, October 20, 2017

165. MERANTAU MENCARI REZEKI SAMBIL MENUNTUT ILMU

Diceritakan ketika merantau pada tahun 1940an, Tok Ayah pernah bekerja mengambil upah menganyam atap nipah yang diminta oleh orang kampung di Grik, Perak. 

Beliau juga menjadi pekerja untuk   mengangkut baja kelawar dari gunung serta bekerja di ladang untuk menyara kehidupan di Kedah.

Tuesday, October 17, 2017

164. KURANG GEMAR TAWAR MENAWAR HARGA

Ketika membeli-belah, Tok Ayah biasanya kurang gemar untuk tawar-menawar harga.  Penjual suka sekiranya beliau ada di sana untuk berurusan dengan mereka

163. KEBERATAN MENGHADIRI MAJLIS KERAMAIAN

Kehidupan keluarganya di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1920an amat sederhana. Ibu kandungnya (Madinah binti Senik) meninggal dunia ketika beliau masih kecil.  

Dia "segan" untuk menghadiri majlis keramaian di kampung kerana pakaiannya tidak seperti insan yang lain.

162. KEHIDUPANNYA AMAT SEDERHANA SEJAK KECIL

Ada orang yang kasihan kepadanya telah memberikan upah yang melebihi daripada apa yang dilakukannya (sedekah).  Orang kampung sedar bahawa dia mencari rezeki sekadar untuk sara hidup sambil menuntut ilmu dengan berniat untuk sedekah kembali ilmu itu kepada orang lain.


161. TIDAK BERKIRA DENGAN ANAK

SUATU HARI APABILA ANAKNYA MINTA DIBELIKAN MAINAN, BELIAU KELIHATAN AGAK KEBERATAN. 

Anaknya kemudian memaklumkan akan menyuruh emak pula yang membeli (jika ayah tidak mahu membelinya).

TOK AYAH TERSENYUM DAN MENUNAIKAN PERMINTAAN ANAKNYA SAMBIL MEMBERITAHU: 

"Kalau suruh mak belikan, ayah juga la yang kena membayarnya.. "


Monday, September 4, 2017

160. TOK AYAH TIDAK MEMAKSA

BELIAU TIDAK PERNAH MENDESAK DAN TIDAK PERNAH BERTANYA MENGENAI CITA-CITA ANAKNYA APABILA DEWASA. 

KETIKA AKU BEGITU TAKUT UNTUK MENUNJUKKAN KAD LAPORAN PRESTASI SEKOLAH KEPADANYA, DIA HANYA TERSENYUM.  

Apabila melihat markah pelajaran berwarna merah 
( tidak lulus), beliau hanya melawak sambil bertanya kepadaku: 

"CIKGUMU TIADA PEN YANG BERWARNA "HITAM" KAH?"

Thursday, May 25, 2017

159. MENYIMPAN KISAH DUKA

Beliau dikatakan tidak mahu secara langsung menceritakan keperitan hidupnya itu  kepada anak-anak kerana merasakan dia tidak  mampu untuk menahan perasaannya. 

Sunday, February 5, 2017

158. MINTALAH DUIT PADA AYAH, NESCAYA TIDAK PERLU MENJAWAB BANYAK SOALAN


Berdasarkan pengalaman anak bongsunya, Tok Ayah tidak akan bersoal jika anak meminta duit dan akan terus memberi.  Selalunya anak diminta untuk mengambil sendiri dari poket bajunya

Kebiasaannya beliau tidak mengambil tahu berapa jumlah yang di ambil kerana kadang-kadang dia sendiri tidak tahu berapa jumlah yang ada dalam poket baju itu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...