Saturday, October 21, 2017

166. MELAWAT ORANG BERJUDI

Jika tahu ada orang berjudi, Tok Ayah akan melawat tempat itu samada siang atau malam walaupun seorang diri.


Jika penganjur atau pemain judi tahu dia akan datang, mereka tidak akan tunggu.  Bukan takut kepada beliau, tetapi mereka "segan" dan "malu" padanya. 



Friday, October 20, 2017

165. MERANTAU MENCARI REZEKI SAMBIL MENUNTUT ILMU

Diceritakan ketika merantau pada tahun 1940an, Tok Ayah pernah bekerja mengambil upah menganyam atap nipah yang diminta oleh orang kampung di Grik, Perak. 

Beliau juga menjadi pekerja untuk   mengangkut baja kelawar dari gunung serta bekerja di ladang untuk menyara kehidupan di Kedah.

Tuesday, October 17, 2017

164. KURANG GEMAR TAWAR MENAWAR HARGA

Ketika membeli-belah, Tok Ayah biasanya kurang gemar untuk tawar-menawar harga.  Penjual suka sekiranya beliau ada di sana untuk berurusan dengan mereka

163. KEBERATAN MENGHADIRI MAJLIS KERAMAIAN

Kehidupan keluarganya di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1920an amat sederhana. Ibu kandungnya (Madinah binti Senik) meninggal dunia ketika beliau masih kecil.  

Dia "segan" untuk menghadiri majlis keramaian di kampung kerana pakaiannya tidak seperti insan yang lain.

162. KEHIDUPANNYA AMAT SEDERHANA SEJAK KECIL

Ada orang yang kasihan kepadanya telah memberikan upah yang melebihi daripada apa yang dilakukannya (sedekah).  Orang kampung sedar bahawa dia mencari rezeki sekadar untuk sara hidup sambil menuntut ilmu dengan berniat untuk sedekah kembali ilmu itu kepada orang lain.


161. TIDAK BERKIRA DENGAN ANAK

SUATU HARI APABILA ANAKNYA MINTA DIBELIKAN MAINAN, BELIAU KELIHATAN AGAK KEBERATAN. 

Anaknya kemudian memaklumkan akan menyuruh emak pula yang membeli (jika ayah tidak mahu membelinya).

TOK AYAH TERSENYUM DAN MENUNAIKAN PERMINTAAN ANAKNYA SAMBIL MEMBERITAHU: 

"Kalau suruh mak belikan, ayah juga la yang kena membayarnya.. "


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...