Tuesday, November 24, 2020

197: PENGUMUMAN

 ASSALAMUALAIKUM

TUAN/PUAN YANG DIHORMATI, CATATAN MENGENAI TOK AYAH DARI BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN SECARA BERANSUR KE-FACE BOOK (FB): TUAN GURU HAJI OMAR ZUHDI.

TUAN/PUAN DIALU-ALUKAN KE MEDIA BERKENAAN

SEKIAN DIMAKLUMKAN, TERIMA KASIH


HANYA KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Sunday, November 15, 2020

196. PERJALANAN TERAKHIR PARA MUROBBI

 

Inilah perjalanan terakhir para Murobbi Ummah kita. Para perjuang agama yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendidik ummah sehingga ke akhir usia. Pemergian mereka ditangisi sukar dicari pengganti. Allahurobbi.

1. Allahyarham Pak Da Eil Mekah
2. Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
3. Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor
4. Allahyarham Tuan Guru Yahya Othman
5. Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan
6. Allahyarham Tuan Guru Harun Taib
7. Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik
8. Allahyarham Tuan Guru Haji Hasyim Pasir Tumboh
9. Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz
10. Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh
11. Allahyarham Tuan Guru Haji Mad Rejab
12. Allahyarham Tuan Guru Haji Rifae
Allahummaghfirlahum Warhamhum Wa'afihi Wa'fu a'nhum.
Moga Allah Taala ampunkan segala dosa2 mereka, dan menempatkan mereka dikalangan mereka yang dijanjikan Syurga Tertinggi. Amin

IHSAN: Tengku Yusuff

Wednesday, October 7, 2020

195. GURU TOK AYAH DARI NEGERI KELANTAN

 TOK SIBAWEH TUAN GURU HAJI ALI PULAU PISANG KETIKA BERUSIA 50AN

Gurunya, Tok Kenali pernah memberi tahu kepada murid² lain " Jika nak belajar ilmu nahu, pergilah kepada Haji Ali "

Darinya terdidik sekalian murid yang alim lagi wara' seperti Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Pondok Lanai.

IHSAN: FB Tengku Yusuff

Saturday, August 15, 2020

194: TOK AYAH SUKAR DIKENALI: Dia kelihatan seperti "orang seramai"

 Tidak mudah untuk mengenali Tok Ayah dalam majlis keramaian kerana beliau tidak pernah menghiraukan perwatakan dan cara pemakaiannya. 

Dia lebih selesa memakai kain sarong, berbaju melayu atau t'shirt "pagoda leher bulat putih".

Tuesday, May 5, 2020

193. MENJADI RUJUKAN BAGI MENGESAHKAN PERMULAAN PUASA DAN PENGESAHAN TARIKH HARI RAYA AIDIL FITRI




Ketika hayatnya, Tok Ayah akan diminta untuk menentukan  permulaan bulan Ramadhan dan penentuan Syawal. Kenalan dan muridnya tetap mahukan pandangan beliau bagi mengesahkan sesuatu perkara termasuk menentukan tarikh puasa dan hari raya walaupun mereka telah mengetahuinya dari sumber yang lain.

Monday, May 4, 2020

192. ANAK KECIL MENJADI TEMAN KETIKA MENAIKI KUDA MEREDAH HUTAN DAN SUNGAI UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA


Tok Ayah biasa menunggang kuda bersama anak kecilnya (Khadijah) dalam tahun 1950an untuk mengajar Ilmu Agama ke tempat yang jauh dari rumah mereka. 

Mereka berdua terpaksa meredah hutan, anak sungai, bukit bukau serta melalui laluan (denai) bersama anak kecil itu. 

Kadang-kadang dia bergerak balik pada waktu malam yang gelap melalui denai di dalam hutan bertemankan anak kecil dengan menaiki kuda itu.


191. TOK AYAH: ANAK KELAHIRAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM MENYUMBANG BAKTI DI NEGERI KEDAH DARULAMAN

Allah. Beruntungnya bumi Kedah kerana melahirkan ramai ulama2 yang alim dan hebat. Bumi Kedah lebih dikenali sebagai negeri yg mempunyai paling banyak pondok2 pengajian agama. Kedah juga melahirkan ramai ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah yg sangat alim dan hebat. Di Negeri Kedah juga terdapat ramai wali2 Allah yg sangat dekat dgn Allah.



Semoga tok2 guru kita ini mendapat kedudukan yg mulia disisi Allah.Sama2 kita aminkan.


#KenaliulamaKedah


IHSAN: Pembela Rasullulah Saw 

Monday, April 27, 2020

190. TOK AYAH TIDAK BERKIRA DENGAN ANAK

Mungkin kerana mengenangkan kehidupannya yang susah ketika kecil,  Tok Ayah tidak akan bertanya banyak soalan jika anaknya meminta duit.  Selalunya anak diminta untuk mengambil sendiri dari poket bajunya

Kebiasaannya beliau tidak mengambil tahu berapa jumlah yang di ambil kerana kadang-kadang dia sendiri tidak tahu berapakah jumlah duit yang ada dalam poket baju itu. 

Saturday, April 25, 2020

189. ULAMA' MAKKAH TAHUN 1953: SHEIKH ABDUL RAHIM (DUDUK; JUBAH PUTIH) DAN SHEIKH DAUD (DUDUK; DUA DARI KANAN)


Kedua-dua mereka adalah guru besar di Masjidil Haram yang telah mendidik ramai tok² guru kita seperti :

1. Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, Chenor
2. Tuan Guru Haji Ismail al-Kalantani al-Makki al-Maghribi al-Azhari
3. Tuan Guru Haji Ibrahim Jusoh, Gerik
4. Tuan Guru Haji Sulaiman Siram
5. Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah
6. Tuan Guru Haji Daud Perakap
7. Tuan Guru Haji Musa Bin Haji Yahya - Ayah Husam Musa
8. Tuan Guru Haji Hassan Mentuan
9. Tuan Guru Haji Mat Bukit Gading

10. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi; Madrasah Misbah Al-Falah 
11. Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh
12. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pasir Tumboh
13. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian
14. Syeikh Salleh Penanti
15. Tuan Guru Haji Awang Embun
16. Ustaz Mat Syurga
Dan ramai lagi
Moga Allah Taala merahmati roh para auliaNya. Amin

IHSAN: USTAZ YUSUFF

188. SHEIKH MUHAMMAD ALI AL-MALIKI: GURU KEPADA PARA ALIM ULAMA' ALAM MELAYU DI MAKKAH

Antara Ulama' Alam Melayu yang menjadi murid kepada Syeikh Muhammad Ali al-Maliki - Ketua Feqh 4 Mazhab Mekah
1. Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti
2. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubok Tapah
3. Syeikh Muhammad Daud al-Kalantani

4. Tuan Guru Haji Mohamad Arsyad Bagan Datok
5. Tuan Guru Haji Musa Bin Yahya - Ayah Husam Musa
6. Tuan Guru Haji Mohd Nor Teliar
7. Tuan Guru Haji Abdul Majid Guar Cempedak
8. Syeikh Abdul Rahim Idris al-Kalantani
9. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi; Madrasah Misbah Al-Falah
10. Tuan Guru Haji Muhammad Said Yan
11. Tuan Guru Haji Yahya Kupang
12. Mufti Terengganu Tuan Guru Haji Wan Abdul Rahman Long
13. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Binjal
14. Mufti Negeri Sembilan Syeikh Ahmad al-Linggi
15. Tuan Guru Haji Abdullah Lati
16. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
17. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol
18. Baba Dir Tok Bandar
19. Tuan Guru Haji Nor Bot
20. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani
21. 
Kiyai Bahruddin Thalib Lubis
22. Syeikh Wan Ismail @ Pak Da Eil Mekah
Dan diantara guru kepada Syeikh Ali al-Maliki pula ialah Syeikh Muhammad Zain al-Fathani ( Ayah Syeikh Wan Ahmad al-Fathani )

IHSAN: USTAZ YUSUFF



Friday, April 10, 2020

187. BERSEDIA MENUNTUT ILMU DENGAN SESIAPA SAJA

KETIKA MUDA SEWAKTU BERHIJRAH DARI KELANTAN, TOK AYAH MENEMUI TUAN GURU HAJI YAHYA TOHA (PENGASAS YAYASAN KHAIRIYYAH, KUPANG, BALING, KEDAH) UNTUK MENUNTUT ILMU DI SANA. BELIAU DIMINTA UNTUK MENGHADIRI MAJLIS ILMU NAHU BAHASA 'ARAB DENGAN SEORANG USTAZ.

TOK AYAH HADIR TANPA MEMBERITAHU SESIAPAPUN BAHAWA BELIAU SUDAH MEMPELAJARI ILMU ITU BERDASARKAN ASAS PENGAJIANNYA DI KELANTAN DAN KEDAH SEBELUM INI  DAN KEMUDIANNYA MEMBANTU MENJELASKAN SESUATU PERKARA BERBANGKIT DALAM PENGAJIAN TERSEBUT MENYEBABKAN ORANG TAHU BAHAWA DIA SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG PELAJAR. 

186. CATATAN TOK AYAH...............


Thursday, April 9, 2020

185: KITA SEMUA (SUATU MASA NANTI) AKAN DUDUK DALAM TANAH JUA

APABILA ORANG BERTANYA MENGENAI TAPAK RUMAHNYA YANG DIGALI "3 KAKI DALAM DARI ARAS TANAH", TOK AYAH  MEMBERITAHU TETAMU ITU:

"Tak pa (biarlah begitu), kerana suatu hari (pada masa akan datang) kita semua akan duduk (dikebumikan ) dalam tanah jua"

184. TOK AYAH MENELITI KITAB DAN MENGARANG KETIKA ORANG LAIN SUDAH LAMA TIDUR


Berbekalkan lampu minyak tanah @ pelita ayam, beliau biasanya akan meneliti kitab bagi menjawab persoalan berkaitan agama oleh tetamunya di siang hari serta mengarang kitab ketika tengah malam sewaktu orang lain sudah tidur nyenyak berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh antara murid lama beliau; Tuan Guru Awang Lanai (atas, paling kanan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...