Sejak
berhijrah (merantau) dari Negeri Kelantan, kehidupan beliau bergantung hidup sepenuhnya kepada kerja kampung apabila berada jauh
daripada keluarganya.
Beliau pernah mengambil
upah menjahit
atap rumah orang kampung di Gerik, Perak di zaman awal
penghijrahannya. Ada
juga orang yang kasihan kepadanya kerana berusaha
mencari rezeki sesuap nasi
semata-mata untuk menuntut ilmu dengan memberikan upah yang lebih kepadanya.
Kesukaran
hidupnya bertambah terutama apabila menderita kesakitan yang teruk (demam panas) semasa bekerja mengangkut
baja kelawar dari gunung. Sepanjang
kesusahan itu, seorang ibu yang sudah tua di Kampung
Dalam Wang, Baling, Kedah telah mengambil beliau menjadi anak
angkat.
Ibu
angkat inilah yang berkorban untuk
menjaga sakit demam (mengganti ibu kandung) semasa dia
dalam serba
kesusahan yang memanggil beliau sebagai "Umar". Kedua-dua (anak
dan ibu angkat ini) pernah
menangis semasa
mereka berdua bertemu kemudiannya..
AL-FATIHAH