Monday, August 4, 2014

18. BIASA HIDUP SUSAH

Sejak berhijrah (merantau) dari Negeri Kelantan, kehidupan beliau bergantung hidup sepenuhnya kepada kerja kampung apabila berada jauh daripada keluarganya. 

Beliau pernah mengambil upah menjahit atap rumah orang kampung di Gerik, Perak di zaman awal penghijrahannya.  Ada juga  orang yang kasihan kepadanya kerana berusaha mencari rezeki sesuap nasi semata-mata untuk menuntut ilmu dengan memberikan upah yang lebih kepadanya. 

Kesukaran hidupnya bertambah terutama apabila menderita kesakitan yang teruk (demam panas) semasa bekerja mengangkut baja kelawar dari gunung. Sepanjang kesusahan itu, seorang ibu yang sudah tua di Kampung Dalam Wang, Baling, Kedah telah mengambil beliau menjadi anak angkat.  

Ibu angkat inilah yang berkorban untuk menjaga sakit demam (mengganti ibu kandung) semasa dia dalam serba kesusahan yang memanggil beliau sebagai "Umar".  Kedua-dua (anak dan ibu angkat ini) pernah  menangis semasa mereka berdua  bertemu kemudiannya..    

AL-FATIHAH 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...