Saturday, August 2, 2014

8. JELAPANG PADI SEJAHTERA: SEJARAH MADRASAHNYA

Allahyarham TG Haji Omar Zuhdi kembali dari Makkatul Mukarramah bersama isteri dan anak-anaknya setelah selesai menuntut ilmu pengetahuan.  Berbekalkan dengan keazaman yang kuat beliau berhasrat pula untuk membuka sebuah pusat pengajian bertujuan untuk menyebarkan Ilmu Pengetahuan Agama Islam kepada anak bangsanya.


Atas kehendak ayahandanya,  beliau mengambil keputusan menetap di Banggol Berangan, Baling, Kedah serta membuka pondok pengajian yang dinamakan 
Madrasah Misbahul FalahMenurut perancangan awal, pembukaan Madrasah Misbahul Falah akan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Badlishah pada tahun 1958


Setelah hari keberangkatan Baginda Sultan Kedah ditetapkan dan segala persiapan telah diatur termasuklah majlis kenduri dan sebagainya, datang satu berita yang mengatakan bahawa Baginda Sultan Kedah telah mangkat.

Pihak pengurusan Madrasah mengadakan acara tahlil sempena kemangkatan Sultan Kedah dan Madrasah Misbahul Falah tersebut dirasmikan sendiri oleh  TG Haji Omar Zuhdi.  Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut manhaj yang telah disediakan oleh  TG  sendiri, mengikut sistem pengajian Nizhomi dan Umumi

Sistem pengajian nizhomi adalah sistem pengajian kelas bermula tahun I’dadi hingga ke thanawi dan sistem pengajian umumi adalah pengajian kitab-kitab torah dari kulit ke kulit.

Sistem pengajian 
nizhomi dan umumi mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan masyarakat yang dahaga ilmu pengetahuan agama serta dapat berjalan sehingga sekarang ini. 

Ihsan: @syed mohd nazli b. syed mohd (Murid). 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...