Ibu kandungnya meninggal ketika dia masih kecil dalam kesusahan hidup keluarganya. Ayahnya kadangkala kelihatan terlalu bertegas.
Umar (nama panggilan di Kelantan) mengambil keputusan membawa diri dengan mengembara seorang diri untuk menuntut ilmu agama walaupun ketiadaan wang saraan semuda usia 17 tahun. Kadangkala dia dibantu oleh insan yang kasihan kepadanya.
Ketika awal penghijrahannya, dia terkandas seorang diri dalam hutan tebal pada waktu malam, memaksanya tidur di atas pokok bagi mengelakkan binatang buas. Kemudian beliau dipelihara oleh ibu angkat kerana demam panas yang berpanjangan di Grik, Perak mengganti ibu kandung yang telah tiada.

Beliau mengambil upah dimana-mana sambil menuntut ilmu. Ada wang, dia akan belajar seadanya. Sekiranya putus bekalan makanan, beliau akan pergi membanting tulang untuk mencari sesuap nasi.
Jika kehabisan makanan, dia akan mengikat perut dengan batu tanpa memberitahu sesiapapun ketika menanggung penderitaannya yang berhari-hari kelaparan.

Diberitakan ketika pertama kali kembali semula ke Kelantan beberapa tahun kemudian, dia memohon ampun maaf kepada Ayah sambil mengeluarkan sedikit wang yang dia ada untuk membayar semula wang yang "dipinjam" sebelum berhijrah.
Ada ahli keluarganya yang menangis ketika itu....
No comments:
Post a Comment